Rizalman Hadapi Pertuduhan Di New Zealand Sabtu Ini

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 12:35 PM

Muhammad Rizalman Ismail.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Pegawai Waran Dua Muhammad Rizalman Ismail akan dihantar semula ke New Zealand pada Sabtu ini bagi menghadapi pertuduhan pecah rumah dan serangan seksual yang difailkan terhadapnya pada Mei lalu, demikian menurut laporan di New Zealand.

Portal berita, stuff.co.nz berkata, Rizalman dijadualkan berlepas dari Malaysia menuju Wellington pada malam Jumaat ini.

Beliau akan dibawa terus ke Mahkamah Daerah Wellington untuk menghadapi pertuduhan pada pagi Sabtu.

Muhammad Rizalman ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya atas pertuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang gadis berusia 21 tahun.

Walaupun menjalani perbicaraan di sana, beliau kembali ke Malaysia pada 22 Mei lalu selepas Wisma Putra menggunakan kekebalan diplomatiknya.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berjanji untuk menghantarnya kembali ke New Zealand bagi membantu siasatan tetapi tiada tarikh tepat diberikan.

Muhammad Rizalman menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan sebaik tiba dan dibenarkan keluar pada akhir Julai lalu.

Wisma Putra pada awal bulan ini mengesahkan menerima permohonan rasmi berhubung proses ekstradisi terhadap Rizalman daripada kerajaan New Zealand.

Permohonan itu kemudiannya dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan