Pemegang Lesen Membalak Diingat Patuhi Syarat Lesen

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 8:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pemegang lesen pembalakan di Sarawak diberi amaran agar mematuhi syarat lesen masing-masing atau berdepan tindakan pihak berkuasa, termasuk menarik balik lesen membalak mereka.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar AwangTengah Ali Hasan berkata terdapat syarikat pemegang lesen membalak di negeri ini yang melanggar syarat dalam lesen masing-masing dan tindakan mereka sedang dipantau. 

Katanya pengeluaran lesen baharu kini dibeku sementara Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) sedang giat memantau sebarang kegiatan membalak secara haram di seluruh negeri. |

Beliau menjelaskan kawasan pembalakan berlesen kini di bawah pemantauan SFC manakala pembalakan haram di luar kawasan berlesen terletak dalam bidang kuasa Jabatan Hutan Sarawak.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam kegiatan pembalakan haram, termasuk mendakwa mereka di mahkamah," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Bengkel Perancangan Strategik Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar di Borneo Highlands Resort dekat pada Rabu.

Di samping itu, Awang Tengah turut memberi amaran kepada pihak atau syarikat supaya tidak membuka ladang di atas tanah Hak Adat Bumiputera yang belum mendapat kelulusan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

Katanya terdapat syarikat yang memulakan kerja pembersihan kawasan tanah untuk pembangunan ladang kelapa sawit walaupun belum mendapat sebarang pengesahan status tanah dan belum mendapat kelulusan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

Beliau berkata tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap pihak atau syarikat yang berbuat demikian.

Sementara itu, beliau berkata tindakan telah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan aktiviti pembalakan haram di dua Taman Negara di negeri ini iaitu Taman Negara Maludam di Miri dan Taman Negara Bukit Tiban di Bintulu.

Tags / Kata Kunci: lesen balak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan