Laporan Penuh Insiden Tanah Runtuh Apartment Teratai Jumaat ini - MB

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 5:13 PM

Tembok yang menghadang kaki bukit runtuh dan mendap ketika hujan lebat sejak kelmarin berdekatan blok L dan K Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya Bukit Beruntung pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Laporan penuh insiden kejadian tanah runtuh di Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, di sini, akan dikeluarkan Jumaat ini.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata laporan itu akan dibentangkan Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata, menurut laporan terkini JKR bersama Majlis Daerah Hulu Selangor, mendapati pergerakan tanah pada tahap minimum didapati masih berlaku.

Disebabkan situasi berkenaan, Azmin berkata JKR sedang menjalankan kerja-kerja memasang cerucuk keping sebagai langkah menstabilkan tanah dikawasan dua lagi blok apartment di situ.

"Usaha memasang 'sheet pile' (cerucuk keping) masih dijalankan kerana bimbang tembok yang sedia ada itu runtuh lagi. Sekiranya petang ini hujan turun, kita akan memasang kanvas bagi mengelakkan tanah jatuh," katanya selepas majlis sambutan Deepavali bersama mangsa tanah runtuh pada Rabu.

Azmin berkata JKR turut melakukan pemasangan alat pengesan di kawasan tanah runtuh itu dan sedang menjalankan kajian tanah bagi membolehkan kerja-kerja memotong bukit di kawasan yang terlibat.

"Sebaik sahaja laporan keluar, jika perlu kami telah melantik kontraktor untuk kerja-kerja memotong (bukit). Ia bagi memastikan bebanan tanah itu tidak terlalu besar," katanya.

Sehingga kini, sebanyak 219 keluarga membabitkan 860 penduduk yang menetapdi dua blok Apartment berkenaan terlibat dalam insiden kira-kira 10 pagi, Isnin.

Mereka kini ditempatkan di tiga penempatan iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 (142 keluarga, 517 orang), Sekolah Kebangsaan Taman Bunga 2 (45keluarga, 196 orang) dan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1 (32 keluarga, 147orang).

Tags / Kata Kunci: Apartment Teratai , tanah runtuh

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan