Rasuah: Hutan Tinggal 30 Peratus, Kritikal

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 7:30 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kegiatan pembalakan haram dan rasuah pihak berwajib menyebabkan hutan di negara ini dalam keadaan kritikal kerana berbaki 30 peratus sahaja.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, hutan di negara ini sepatutnya berada di atas 60 peratus.

"Jika kita tinjau melalui ruang udara, beberapa kawasan hutan dan berbukit digondol dan ditarah. Keadaan itu amat kritikal dan membimbangkan," katanya kepada mStar Online.

Justeru, Shariffa Sabrina berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat melakukan kegiatan haram di seluruh negara.

"Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri harus tegas dalam menangani kegiataan haram ini. Malah masyarakat juga harus peka dan bertanggungjawab memelihara hutan," katanya.

Kegiatan pembalakan haram di seluruh negara dilaporkan semakin serius angkara perbuatan rasuah yang melibatkan pembalak dan anggota penguat kuasa agensi kerajaan.

Baru-baru ini, Sarawak dilaporkan menanggung kerugian kira-kira RM100 juta setiap tahun akibat kegiatan pembalakan haram yang berleluasa di negeri itu.

Terbaharu, kegiatan pembalakan dikesan dijalankan di Limbang yang terletak di kawasan sempadan utara negeri itu.

Kegiatan tersebut yang dipercayai dinaungi sindiket dan kumpulan mafia bersenjata turut menyebabkan kerugian kepada kerajaan Persekutuan dan negeri yang menjejaskan kutipan cukai eksport, cukai pendapatan syarikat balak, individu dan syarikat pengangkutan.

Malah, aktiviti pembalakan haram yang dikesan dijalankan di dua taman negara di Sarawak turut mengundang kemarahan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang mahu melihat hasil dalam memerangi kegiatan tersebut.

Susulan itu, beliau telah berhenti mengeluarkan lesen pembalakan yang baharu bagi membendung kegiatan pembalakan haram yang masih berterusan dan dijalankan secara terang-terangan, terutama di hutan-hutan yang dilindungi.

Pada Isnin, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah mengesahkan pihaknya ada menerima maklumat mengenai aktiviti pembalakan haram tersebut.

Menurut sumber, satu operasi serbuan akan dilakukan oleh SPRM untuk mencari dalang disebalik aktiviti haram itu dalam masa terdekat.

Bimbang mengenai kegiatan tersebut yang semakin berleluasa, Shariffa Sabrina menegaskan ekosistem flora dan fauna akan terus terjejas dan nyawa manusia akan terancam.

"Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan kualiti air dan udara yang tidak bersih menyebabkan manusia terdedah kepada  jangkitan bronkitis dan kanser," katanya.

Beliau berkata, air sungai yang tercemar mengalir ke empangan dan kemudiannya diminum oleh manusia boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya.

"Sebagai contoh, banyak sungai mati di Johor kerana banyak kawasan hutan dibuka untuk aktiviti penanaman kelapa sawit yang melibatkan penggunaan bahan kimia," katanya.

Tags / Kata Kunci: pembalakan haram , rasuah , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan