Husni Gesa Badan Multilateral Gembleng Kepakaran Dan Sumber

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 3:17 PM

Ahmad Husni Hanadzlah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Organisasi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) yang dicadang ditubuhkan, harus meneroka kaedah untuk menggembleng kepakaran dan sumber mereka daripada sekadar menyediakan dana, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya, ini akan mempertingkat kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan inisiatif bagi menampung keperluan prasarana global.

Beliau yang berkongsi pengalaman Malaysia berkata pembangunan prasarana Malaysia dibantu secara signifikan menerusi pengukuhan pasaran modal, institusi kewangan termasuk peranan institusi pembiayaan pembangunan seperti Bank Pembangunan Malaysia Berhad.

"Malaysia juga melaksanakan pelbagai inisiatif pembiayaan swasta menerusi perkongsian awam swasta bagi mempermudah pelaburan prasarana dan pertumbuhan ekonomi," katanya dalam kenyataan di sini, berhubung ucapan beliau pada Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan APEC (APEC FMM) ke-21, di Beijing pada Rabu.

Husni berkata rantau ini benar-benar memerlukan pelaburan prasarana yang besar memandangkan ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi, mempromosi perhubungan dan mengurangkan kos perdagangan, pelaburan serta pergerakan penduduk.

Mengenai penubuhan AIIB, beliau berkata kewujudan institusi itu akan membantu mengurangkan jurang pembiayaan bagi pelaburan infrastruktur di rantau ini.

"Cadangan penubuhan AIIB itu mencatat perkembangan memberangsangkan dan tidak lama lagi akan mempertingkat struktur pembiayaannya untuk meliputi pelaburan daripada sektor swasta," kata Husni yang mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat APEC FMM selama dua hari itu.

Mengenai APEC atau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik itu, beliau berkata adalah penting bagi organisasi terbabit mempunyai pelan hala tuju untuk memastikan kesinambungan inisiatifnya serta terus mempertingkat kerjasama antara negara anggota.

APEC adalah pemacu penting pertumbuhan ekonomi global dengan nilai ekonomi USD$35.8 trilion dan jumlah penduduk melebihi 2.7 bilion.
Tags / Kata Kunci: Ahmad Husni Hanadzlah , AIIB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan