Penguatkuasa Imigresen Bakal Terima Insentif RM200 Sebulan

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 5:45 PM

Anggota penguatkuasa Imigresen dipertimbangkan untuk mendapat insentif RM200 sebulan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen merangka kertas cadangan berhubung pemberian insentif penguatkuasaan sebanyak RM200 sebulan kepada semua anggota penguatkuasa jabatan itu.


Ketua Pengarahnya, Datuk Aloyah Mamat dalam kenyataan di sini, hari ini berkata, kertas cadangan itu telah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pertimbangan lanjut.

Beliau mengulas permintaan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) yang mahukan pemberian insentif khas kepada anggota jabatan itu yang melakukan tugas-tugas penguatkuasaan.

Presiden KPISM, Khairil Niza Khairuddin mendakwa sehingga hari ini anggota dan pegawai imigresen tidak menikmati apa-apa insentif khas semasa tugas penguatkuasan seperti agensi penguatkuasa yang lain.

Aloyah berkata, ada antara perkara-perkara yang dibangkitkan KPISM itu sebenarnya telah ada dalam perancangan dan juga dalam tindakan jabatan itu.

"Bagi meningkatkan tahap profesionalisme anggota imigresen serta bagi menaik taraf kemudahan latihan, Jabatan Imigresen telah mendapat peruntukan sebanyak RM3 juta untuk menyediakan makmal forensik di Akademi Imigresen Malaysia yang bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan," katanya. 

Selain itu, katanya, jabatan berkenaan mendapat peruntukan sebanyak RM11.33 juta di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 'MyBeautiful Malaysia' bagi perbelanjaan pembaikan kuarters JIM di seluruh negara termasuk Johor, Selangor, Langkawi, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 

Aloyah memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan sejumlah RM1.04 bilion di bawah belanja mengurus dan pembangunan yang menunjukkan peningkatan peruntukan sebanyak 11.92 peratus berbanding Bajet 2014. 

Tags / Kata Kunci: Imigresen , penguatkuasa , RM200

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan