Delegasi PKR ke Australia Bincang Isu Anwar

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 6:50 PM

Rafizi Ramli

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara topik perbincangan tiga wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat yang mengadakan lawatan kerja ke Australia.


Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, delegasi itu diwakili Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan), Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) dan Lee Chean Chung (Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu) telah bertemu dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishop, yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Liberal iaitu parti pemerintah di Australia.


"Ketika pertemuan tersebut, perbincangan berkisar kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Akta Hasutan dan isu-isu perkauman yang dimainkan sebagai alat politik di Malaysia .

"Selain bertemu Bishop, delegasi juga mengadakan pertemuan dengan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Australia serta pihak kedutaan untuk memberi taklimat mengenai isu-isu terkini Malaysia". 

Sebelum mengakhiri lawatan kerja, sempat bertemu dengan Timbalan Presiden Senat Australia, Senator Gavin Marshall.

Rangka lawatan kerja seumpama ini akan diteruskan ke negara-negara lain untuk membawa mesej mengenai tindakan Barisan Nasional yang melanggar adab kedaulatan undang-undang di Malaysia ke perhatian dunia.

Sementara itu, Anwar yang hadir pada majlis Rumah Terbuka  Timbalan Ketua Menteri II  Dr. P. Ramasamy di Taman Tambun Indah, Batu Kawan berkata, beliau mempunyai jadual harian yang ketat di Perak, Penang dan Kedah sempena cuti perayaan Hari Deepavali ini dan menganggap "masa saya sangat terhad sebelum kes bermula pada Selasa".

"Jika mahkamah mengikut prinsip undang-undang dan fakta, saya tidak perlu risau dan saya akan diberi kebebasan. 

"Jika tidak, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk kita bertemu lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Keadilan , rangka lawatan kerja

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan