Masyarakat Hindu Sambut Deepavali Dalam Suasana Meriah

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 1:03 PM

Najib menaburkan beras pada kolam sempena sambutan Hari Deepavali anjuran MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Rabu. Turut kelihatan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel. - foto RAJA FAISAL HISHAN/ The Star.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia beragama Hindu pada Rabu menyambut Deepavali dalam suasana meriah dengan mengadakan acara keagamaan dan majlis rumah terbuka.
 
Sambutan kemuncak di ibu negara ialah rumah terbuka Deepavali yang dianjurkan MIC di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Paluan gendang dan serunai mengiringi ketibaan Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional pada kira-kira 10.15 pagi, dengan disambut Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan pemimpin-pemimpin parti yang lain.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri serta kira-kira 5,000 masyarakat berbilang kaum.

Najib yang memakai kurta berwarna krim kemudiannya memotong kek bersama-sama tetamu kehormat lain sebelum meninggalkan majlis.

Bercakap kepada pemberita, Najib berkata Majlis Rumah Terbuka Deepavali yang diadakan setiap tahun di negara ini dapat mewujudkan suasana serasi antara satu sama lain di kalangan rakyat Malaysia. 

"Ramai yang dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang beragama Hindu dan kita mesti mengukuhkan lagi perasaan muhibah dan harmoni di kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau menyifatkan majlis sambutan ini sangat meriah dan mengikut tradisi.

Najib memotong kek sempena Majlis Rumah Terbuka Deepavali di PWTC pada Rabu. -fotoBERNAMA

[ Type in your image caption here ]

 Sementara itu, Setiausaha Agung MIC A.Prakash Roa berkata adalah sesuatu yang unik apabila setiap kali perayaan di negara ini, semua bangsa dapat meraikan bersama-sama.

"Bukan hanya Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, semua boleh berkumpul merasa makanan masing-masing dan memahami budaya semua kaum yang ada di negara ini, dan suasana harmoni begini perlulah dikekalkan," katanya. 

Dalam pada itu, kemeriahan sambutan Pesta Cahaya turut dinikmati warga asing yang berkunjung ke majlis rumah terbuka itu.

Duta Republik Czech Rudolf Hykl berkata sambutan Deepavali di Malaysia yang disertai seluruh rakyat daripada pelbagai kaum adalah sangat menarik dan merupakan pengalaman luar biasa baginya.

"Kaum India adalah satu daripada komuniti terbesar di negara ini. Malaysia sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian dan berbilang kaum. Bagi saya, pengalaman seperti ini sangat penting," katanya.

Seorang warga Syria, Ghazal Nabil pula berpendapat sambutan perayaan itu sangat istimewa kerana diraikan semua masyarakat selain makanan yang dihidangkan juga dapat dinikmati semua bangsa.

"Saya berminat dengan kepelbagaian budaya di sini. Saya ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut dan seberapa banyak yang boleh, selama saya berada di sini," katanya yang datang bersama anak lelaki berusia 16 tahun.

Tags / Kata Kunci: Deepavali , Hindu

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan