Umno NS Kesal Dakwaan Orang Melayu Adalah Pendatang

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 5:37 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Umno Negeri Sembilan menyuarakan rasa kesal, tidak puas hati dan kecewa dengan sikap seorang perwakilan Gerakan yang mendakwa orang Melayu adalah pendatang dan meminta parti itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap perwakilan itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu terkandung dalam pernyataan yang diputuskan pada mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno Bahagian Rembau pada Selasa.

"Saya harap Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan partinya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius, bukan ditolak begitu sahaja dengan menyatakan ini suara perseorangan dan jangan minta maaf dengan cara yang sambil lewa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali anggota Majlis Tertinggi MIC Kebangsaan yang juga Ketua MIC Bahagian Rembau Datuk V.S. Mogan di Taman Rantau, Rantau pada Rabu.

Ahad lepas, wakil Gerakan Johor Tan Lai Soon dalam ucapannya pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di Shah Alam, Selangor  mengingatkan pemimpin Umno agar tidak menggunakan kenyataan pendatang kepada kaum lain dan turut mendakwa orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.

Tan mendakwa orang Melayu, Cina, India adalah pendatang, kecuali Orang Asli, Sabah dan Sarawak yang menjadi penduduk asal negara ini.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata kenyataan itu adalah salah baik dari segi fakta sejarah, fakta geografi dan sebagainya.

"Orang Melayu bukan pendatang ... orang Melayu tinggal di sini sebagai satu Kepulauan Melayu. Wujudnya Malaysia, Indonesia, Filipina dan juga negara lain adalah disebabkan oleh penjajah yang datang yang membahagi-bahagikan negara ini. Jadi, tidak timbul soal orang Melayu pendatang ataupun tidak.

"Saya hendak nyatakan di sini bahawa sikap sebegini kita tolak dan kita merasa amat marah kerana masih ada lagi orang bersikap sebegini," katanya.

Tags / Kata Kunci: umno , Datuk Seri Mohamad Hasan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan