Usaha Baik Pulih Tanah Runtuh Di Apartment Teratai Dipergiat

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 3:07 PM

Operasi memantau pergerakan tanah di Apartment Teratai yang terjejas akibat tanah runtuh sedang dipergiat.

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Usaha membaik pulih dan memantau pergerakan tanah di Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, di Bukit Beruntung di sini terus dipergiatkan pada Rabu.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati seawal pukul 9 pagi, dua buah kren dan sebuah lori pengangkut sudah melakukan kerja-kerja membaiki tembok runtuhan, membersihkan kawasan tanah, mengangkut sisa-sisa pecahan tembok yang bertaburan di kawasan terbabit. 

Turut kelihatan beberapa pasukan penyelamat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor bagi memantau pergerakan tanah serta mengawasi kawasan runtuhan. 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal laluan keluar-masuk kenderaan penduduk di kawasan itu yang disertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). 

Pasukan penyelamat seperti Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart Team) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) turut berada di lokasi kejadian bagi merawat jika ada mangsa yang cedera. 

Difahamkan pemantauan pergerakan tanah dilakukan dari atas cerun tanah di kawasan terbabit oleh JKR, bomba, Ahli Geologis, dan JPAM. 

Penduduk di dua blok terlibat juga dibenarkan untuk masuk ke rumah masing-masing hari ini untuk mengambil barang milik mereka selama 10 minit dengan diawasi oleh pasukan RELA. 

Sehingga kini, sebanyak 219 keluarga membabitkan 860 penduduk yang menetap di dua blok Apartment berkenaan terlibat dalam insiden kira-kira 10 pagi, Isnin.

Mereka kini ditempatkan di tiga penempatan iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 (142 keluarga, 517 orang), Sekolah Kebangsaan Taman Bunga 2 (45 keluarga, 196 orang) dan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1 (32 keluarga, 147 orang). 

Pada 20 Oktober lalu, kira-kira 1,500 penduduk Apartment Teratai, Taman Bukit Raya di Bukit Beruntung dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Bunga Raya ekoran kejadian tanah runtuh. 

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan