Kerajaan Mungkin Perkenal Subsidi Petrol Berasaskan Kuota

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 12:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin memperkenal subsidi petrol berasaskan kuota bagi memastikan peruntukan yang lebih bersasar.

Ketua Pengarah Serantau, Perkhidmatan Perbankan Pelaburan dan Permodalan Ekuiti Pasaran Korporat RHB Investment Bank Bhd, Gan Kim Khoon berkata MyKad akan digunakan untuk pengenalan dan kuota tertentu atau kuantiti akan diperuntukkan bagi mengelak salah guna subsidi oleh golongan berada.

"Inilah sebabnya pada pendapat saya kerajaan mengambil masa lebih panjang untuk memperkenalkannya (struktur baharu subsidi petrol) kerana ia membabitkan banyak perubahan pada pam atau sistem pembayaran.

"Ia juga akan membabitkan banyak perubahan perisian," katanya pada Seminar Deloitte TaxMax di sini, Selasa.

Seminar bajet tahunan itu yang menarik lebih 400 peserta menawarkan penelitian mendalam Bajet 2015, isu pemindahan harga, cukai korporat dan bidang lain berkaitan pengurusan cukai.


Tags / Kata Kunci: Subsidi , Petrol

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan