Subsidi Baharu Petrol: Beli Guna MyKad, Hanya Untuk Golongan Layak

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan sistem rasionalisasi subsidi petrol yang melibatkan mekanisme baharu dengan mengambil kira pendapatan individu bermula Jun 2015.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sistem tersebut bertujuan untuk memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja mendapat manfaat subsidi petrol.

"Kita dapati subsidi petrol tersasar, jadi ia perlu diperbetulkan. Susulan itu, kerajaan berkemungkinan besar merasionalisasikan subsidi petrol pada Jun tahun depan.

"Jadi yang mana layak dapat subsidi, yang tak layak tak diberi subsidi," katanya selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Beliau berkata, menerusi sistem itu, pengguna perlu membeli petrol dengan menggunakan My Kad kerana jumlah pendapatan mereka telah direkodkan bagi menentukan sama ada pembeli layak mendapat subsidi atau sebaliknya.

"Perincian sama ada guna My Kad bagi pembelian petrol... tapi ia boleh berubah kerana masih ada tempoh lapan bulan lagi sebelum dilaksanakan," katanya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, perkara itu masih lagi diperingkat kajian dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang meminta kertas cadangan daripada syarikat-syarikat yang ingin membangunkan mekanisme baharu itu.

"KPDNKK minta kertas cadangan untuk mekanisme baharu bagi rasionalisasi petrol kerana kalau nak masukkan pendapatan rakyat bukan satu tempoh yang singkat," katanya.

Ahmad Maslan berkata, dengan pelaksanaan sistem itu, rakyat berpendapatan RM4,000 ke bawah mungkin mendapat subsidi petrol seperti yang dinikmati semua lapisan masyarakat pada hari ini.

Namun, katanya bagi mereka yang berpendapatan antara RM4,000 hingga RM12,000 keputusan sama ada mereka layak mendapat subsidi atau tidak masih belum diputuskan.

"Mungkin sebahagian subsidi dapat tetapi itu lebih kurang... belum lagi diputuskan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan membelanjakan secara purata RM2 bilion sebulan untuk subsidi petrol RON95 dan diesel.

"Sepatutnya subsidi petrol dinikmati oleh golongan kurang berkemampuan tetapi data mendapati 70 peratus digunakan oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi," katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Datuk Dr Siti Mariam Che Ayub dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad.

Seminar yang dihadiri seramai 1,300 peserta itu diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini secara langsung kepada orang ramai mengenai pindaan berkaitan percukaian yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2015 yang lalu.

Malah, seminar tersebut juga merupakan salah satu usaha pemantapan secara berterusan demi melahirkan sebuah masyarakat yang celik cukai.


Tags / Kata Kunci: Petrol , Subsidi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan