Ramai Penunggang Bersikap Buruk Di Jalan Raya

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 11:26 AM

Kemalangan di Lebuhraya Karak Ahad lalu yang membabitkan motosikal berkuasa tinggi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kebarangkalian untuk berlaku kemalangan adalah tinggi apabila terdapat perilaku sembrono di jalan raya dan malangnya sikap buruk itu banyak berlaku di jalan raya di Malaysia.

Ini adalah pendapat penunggang motosikal berpengalaman, termasuklah Presiden Harley Owner Group Malaysia Chapter Choo Kai Mun.

"Kelab ini menekankan ahlinya menunggang dengan selamat secara berkonvoi dan berdisiplin di jalan raya. Apabila kita berkonvoi, kita mempunyai marshal manakala penunggang superbike lain menunggang sesuka hati mereka," kata Kai Mun, 53, yang juga memiliki sebuah Honda Gold Wing selain Harley selepas menunggang selama 19 tahun.

"Saya rasa majoriti penunggang motosikal berkuasa tinggi di sini tidak ada disiplin. Ketika kami sedang menunggang (Harley) secara konvoi, mereka memotong masuk dan keluar, dan sengaja memecut untuk menunjuk-nunjuk.

"Ia hanya menunjukkan sikap tidak baik kepada kami (pemilik Harley)," kata beliau sambil menambah bahawa penunggang Harley baru kadang-kadang bingung dengan gangguan yang tidak diinginkan ini ke dalam konvoi mereka. 

Kai MUn, yang kebetulan sedang berkonvoi dengan motosikal Harley pada Ahad berkata kumpulan konvoinya berada dekat dengan beberapa penunggang motosikal dalam konvoi yang lain di mana beberapa anggotanya terbabit dalam kemalangan Ahad lalu di Lebuh Raya Karak.

Presiden Super Bikers Club (SBCM) Malaysia Che Wan Mohamed Azuar Wan Daud berkata, penunggang motosikal muda mempunyai kecenderungan untuk menunjuk-nunjuk, walaupun mereka tidak dapat mengawal tunggangan dengan baik. 

"Penunggang muda cuba untuk mengalahkan satu sama lain, sementara penunggang yang lebih tua lebih serius. Kita mementingkan etika dan tahu tahap kelajuan," kata Wan Azuar, 51, yang menambah bahawa Lebuhraya Karak bukan tempat yang selamat untuk memecut.

Bagi Datuk Borhanuddin Osman, koma selepas kemalangan motosikal pada tahun 1972 tidak menghalangnya daripada terus menunggang 38 tahun kemudian.

"Isteri saya sangat mengambil berat tentang keselamatan saya, jadi apabila saya membeli motosikal terbaharu saya, saya terpaksa menyembunyikannya untuk sementara waktu," katanya sambil ketawa.

Beliau yang berusia 59 tahun mula menunggang semula pada tahun 2010.

Borhanuddin membeli motosikal pertamanya ketika berumur 17.

Katanya, kebanyakan orang suka menunggang secara 'berpuak-puak' tetapi beliau ebih suka menunggang dengan beberapa orang kawan atau bersendirian.

Seorang lagi pelumba motosikal Low Boon Tat, 45, berkata ramai pelumba muda mempunyai sikap buruk dan tidak sopan terhadap keselamatan jalan raya.

"Ramai yang suka mengejar satu sama lain dan menunjuk-nunjuk," katanya.
Tags / Kata Kunci: motosikal berkuasa tinggi , superbike

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan