PM, TPM Sifatkan Negara Kehilangan Tokoh Karyawan Ulung

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 9:28 PM

Tan Sri Prof Dr Ismail Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian Allahyarham Tan Sri Prof Dr Ismail Hussein sebagai satu kehilangan besar seorang tokoh karyawan dan pendita ulung kepada negara. 

"Takziah kepada keluarga Dr Ismail yang kembali ke rahmatullah. Moga ditempatkan antara yang beriman," katanya dalam tweet terbaharu beliau pada Selasa.

Bekas Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) itu meninggal dunia kira-kira pukul 9.36 malam Isnin di Pusat Perubatan Universiti Malaya dipercayai akibat sakit tua.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan Allahyarham Dr Ismail sebagai seorang yang tegas dalam usahanya memartabatkan kesusasteraan dan bahasa Melayu.

"Sepanjang mengenali Allahyarham, beliau merupakan seorang yang amat dedikasi, tenang dan berhemah," katanya dalam satu kenyataan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di sini Selasa.

Beliau berkata, sepanjang Allahyarham menerajui Gapena, banyak usaha dan kejayaan dicapai untuk memartabatkan kesusasteraan dan bahasa Melayu serta perpaduan bangsa yang mengisi agenda perjuangan persatuan tersebut.

"Malahan tidak ada sesiapa pun dapat nafikan ketinggian ilmu dan segala jasa serta pengorbanan beliau dalam memartabatkan kesusasteraan Melayu," katanya.

Muhyiddin berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara kerana beliau merupakan seorang tokoh kesusasteraan Melayu yang amat disegani dan pemergiannya sudah tentu dirasai oleh keluarga, rakan-rakan serta yang mengenali diri beliau.

"Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah supaya mencucuri rahmat-Nya dan semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada dan para solihin. Al-Fatihah," katanya.

Jenazah Dr Ismail, 82, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Petaling Jaya kira-kira pukul 12.10 tengah hari.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid dan empat anak - dua lelaki dan dua perempuan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan