'Saya Tahu Dijadikan Sasaran Khabar Angin Berniat Jahat' - Rosmah

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 9:46 PM

Rosmah Mansor (tiga, kiri) menerima buku berjudul 'Nafasku Mencari Damaimu' oleh Suwaibah Mohd Nasir (tiga, kanan) pada Sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa di Wisma Ungku A. Aziz di Petaling Jaya pada Selasa. Turut sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek (dua, kiri). Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor yang menyedari bahawa beliau menjadi sasaran khabar angin berniat jahat, menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai semua yang didengari atau dibaca mengenainya.

"Mereka ini hanya mahu tumbang Kerajaan, tetapi mereka tidak boleh buat pada Najib, jadi mereka buat pada saya.

"Jangan percaya semua yang anda lihat atau baca online," kata isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian pada sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2014 bertemakan 'Wanita Berkualiti Penggerak Generasi' di Kelana Jaya di sini, Selasa.

Rosmah memberikan contoh komen-komen berniat jahat mengenai pembabitan beliau dalam program pendidikan awal kanak-kanak, Permata dan dakwaan beliau "mengawal" Najib.

Beliau berkata, sesiapa yang mahu mendapatkan maklumat sahih atau penjelasan boleh menulis surat ke pejabatnya di Pejabat Perdana Menteri.

Walaupun berhadapan dengan serangan peribadi, Rosmah berkata, beliau tidak mempedulikannya dan akan meneruskan usaha mencemerlangkan wanita dan kanak-kanak.

Pada majlis itu Rosmah turut menyampaikan Anugerah Koperasi Wanita Terbaik 2014 kepada Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad, Kedah dan Anugerah Tokoh Koperator Wanita Terbaik 2014 kepada Rahaiah Baheran daripada Koperasi Khidmat Wanita Kuala Kangsar, Perak.

Rosmah juga melancarkan buku 'Nafasku Mencari DamaiMu' karya pelari solo wanita negara, Suwaibah Muhammad Nasir.

Tags / Kata Kunci: Rosmah Mansor

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan