Tanah Runtuh Bukit Beruntung: Deepavali Suram Untuk Tujuh Keluarga

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Deepavali kali ini akan menjadi satu perayaan suram bagi tujuh keluarga yang telah dipindahkan dari rumah mereka di Bukit Beruntung.

Tujuh keluarga tersebut, dari flat Teratai yang terjejas disebabkan oleh tanah runtuh pada Isnin telah dipindahkan ke tiga buah sekolah di kawasan itu.

Juruteknik K. Ravi, 44, berkata mereka semua telah bersiap sedia untuk menyambut Deepavali. 

"Kami sudah membuat manisan dan membeli pakaian baharu, tetapi sekarang kami tidak boleh menikmatinya lagi.

"Pihak berkuasa berkata kami harus tinggal di sekolah ini kerana bimbang keadaan akan menjadi bertambah buruk," katanya di SK Bunga Raya 2, Selasa.

Bapa kepada tiga orang anak ini berkata keluarganya mungkin dapat pergi kuil di pagi hari dan kembali di sekolah tempat mereka ditemptkan dengan secepat mungkin.

Pesara P. Arumugam, 63, berkata dia akan merayakan Deepavali seorang diri sahaja pada tahun ini.

Dia menjelaskan bahawa dia telah menghantar keluarganya ke rumah saudara supaya mereka dapat menikmati perayaan.

"Anak perempuan saya yang lumpuh dan isteri saya akan berada di rumah anak saya manakala saya akan tinggal di sini untuk menjaga barang-barang," katanya.

Mengulas mengenai kejadian tanah runtuh itu, dia berkata penyewa dimaklumkan tentang pemindahan itu kira-kira pukul 6 petang Isnin dan diberi jumlah masa yang munasabah untuk berkemas.

Keluarga lain yang terjejas oleh tanah runtuh itu juga bimbangkan nasib jiran-jiran mereka yang berbangsa India. 

Suri rumah, Norjalila Abdul Kadir, 42 berkata adalah menyedihkan apabila melihat keluarga yang tidak dapat merayakan Deepavali.

"Kami mencari jalan untuk meraikan mereka, tetapi malangnya kami juga berada di sini," katanya.

Ibu mengandung yang mempunyai dua anak itu bagaimanapun, berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana membantu mereka. 

"Mereka telah bermurah hati menghulurkan bantuan makanan dan kemudahan," tambahnya.

Seorang lagi mangsa Norhisham Sukor, 34, berkata walaupun sedih dengan kejadian itu, ia bagaimanapun sesuatu yang dijangka.

"Kami telah mengalami dua kejadian tanah runtuh kecil sebelum ini, cuma hujan yang berterusan kali ini hanya membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

"Kami, bagaimanapun bersyukur kerana semua orang selamat dan berharap semua akan dapat pulang ke rumah tidak lama lagi," katanya.
Tags / Kata Kunci: Deepavali , tanah runtuh

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan