Belajar Bahasa Inggeris Satu Keperluan - Dr M

Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 9:48 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

BANGI: Memperolehi sesuatu pengetahuan melalui bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris, tidak akan menjejaskan rakyat Malaysia atau bangsa Melayu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, kepentingan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak harus dianggap sebagai tidak patriotik tetapi satu keperluan supaya negara dan rakyatnya boleh terus maju dengan pengetahuan yang diperolehi. 

Dr Mahathir berkata beliau telah membuat keputusan kedua-dua mata pelajaran itu diajar dalam bahasa Inggeris semasa beliau menjadi perdana menteri kerana menyedari kebanyakan bahan bacaan yang ada adalah dalam bahasa Inggeris, terutama bagi mereka yang mendaftar untuk belajar dalam bidang perubatan dan peringkat Sarjana dan PhD, sehinggalah ke hari ini.

"Saya sedar dengan tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran, orang kita akan ketinggalan dalam mengejar ilmu.

"Bukan saya tidak suka bahasa saya atau bangsa saya. Saya hanya menjadi pragmatis. Kita hanya akan merampas pengetahuan hanya kerana kita mahu menekankan penggunaan bahasa, "katanya. 

Dr Mahathir menegaskan bahawa negara ini juga memerlukan orang yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi, penyelidikan dan penemuan, katanya. 

"Hanya jika kita menyumbangkan pengetahuan dan maklumat kepada dunia kita boleh menyatakan bahawa kita adalah sebuah negara maju," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada majlis pelancaran "UKM in Space", program yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mempromosikan sains angkasa di kalangan pelajar.

Ia diadakan sempena memperingati ulang tahun ketujuh pengembaraan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa. 

Beliau berkata walaupun pelajar menuntut ilmu dalam bahasa Inggeris, perlu ada dorongan kuat untuk membawa bahasa Melayu ke tahap 'bahasa ilmu' seperti Rusia, Jerman dan Jepun.

Dr Mahathir berkata sekarang Malaysia telah menghantar manusia ke angkasa lepas, dan selepas itu perlu menggalakkan rakyatnya memperoleh pengetahuan yang diperlukan di bidang sains angkasa dan 'bagaimana untuk membina roket'. 

Di Kuantan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepada pelajar-pelajar bahawa mahir dalam bahasa Inggeris akan meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi dengan dunia. 

"Tidak ada refleksi kemajuan yang lebih besar bagi sesebuah negara daripada penglibatan pelajar-pelajar kita di peringkat antarabangsa. Ini adalah benar sama sekali," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan