River Cruise Kedah Dijangka Mula Operasi Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 8:45 PM

Masjid Zahir dan Menara Alor Setar dapat dilihat oleh pelancong tempatan dan asing ketika menyusuri Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit dengan menaiki River Cruise Kedah.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: River Cruise Kedah, yang mampu menarik pelancong tempatan dan asing menyusuri Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit di sini, dijangka memulakan operasi awal tahun depan.


Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata dua buah bot yang dikendali swasta akan disediakan bagi tujuan itu dan telah diluluskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM300,000 bagi membina pelbagai kemudahan seperti jeti terapung di Tanjung Chali, Masjid Zahir, Rumah Merdeka dan Tongkang Yard di sini.

"Jeti terapung yang dibina bertujuan memberi peluang kepada pelancong melawat beberapa tempat seperti Masjid Zahir, Rumah Merdeka dan beberapa kampung tradisional yang terletak berhampiran Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit.

"Pelancong boleh melihat Istana Anak Bukit dan beberapa tinggalan sejarah yang terdapat di sepanjang sungai. Kita juga akan bina papan tanda yang menunjukkan tempat sejarah dan kampung tradisional," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit, Isnin.

Mohd Rawi berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar dan syarikat Environment Idaman Sdn Bhd akan membersih serta mengindahkan Sungai Kedah dan Anak Bukit yang melibatkan laluan sepanjang 11 kilometer.

Beliau berkata, pihaknya turut menyediakan tong sampah kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai agar mereka tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai yang boleh mencacatkan pemandangan.

Katanya, kempen kesedaran juga akan dilaksanakan agar mereka menjaga kebersihan sungai dan tidak sewenang-wenang membuang sampah ke dalam sungai seperti yang dilakukan segelintir penduduk.

"Kita juga akan memperbaiki rumah setinggan penduduk dan mengindahkannya bagi membolehkan pelancong melihat dengan lebih dekat kehidupan masyarakat di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, dua restoran bakal beroperasi di Mini Marina Tongkang Yard dan Tanjung Chali tahun depan.

Mohd Rawi berkata, pihaknya turut menggalakkan peniaga tempatan untuk menjalankan perniagaan seperti menjual air nira nipah, air kelapa dan pelbagai kuih tradisional negeri itu di kawasan berkenaan.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan