Najib, Jokowi Setuju Selesaikan Isu Sempadan Maritim

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 10:28 PM

Najib (kiri) menyampaikan ucapan tahniah kepada presiden Indonesia yang baharu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) selepas majlis mengangkat sumpah pelantikannya sebagai presiden Indonesia yang ke-7 di Istana Merdeka di sini, Isnin.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Malaysia dan Indonesia bersetuju bahawa isu sempadan maritim antara kedua-dua negara yang telah tertangguh lama dan sering menemui kebuntuan pada setiap rundingan perlu diselesaikan secepat mungkin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.


Katanya, persetujuan peringkat tertinggi itu tercapai pada pertemuan beliau dengan Presiden baharu Indonesia Joko Widodo, yang memulakan tugas hari pertamanya sebagai presiden ketujuh republik itu selepas mengangkat sumpah jawatan dalam satu istiadat di Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), badan perundangan tertinggi negara itu.

"Saya telah menyatakan bahawa satu masalah yang menjadi hambatan antara Indonesia dan Malaysia adalah isu sempadan terutama sekali sempadan maritim yang melibatkan banyak kawasan khususnya Sulawesi Selatan atau dikenali di Indonesia sebagai Ambalat.

"Saya telah mencadangkan kaedah saya iaitu dengan melantik 'chief negotiator' (ketua perunding) iaitu Malaysia dan Indonesia masing-masing melantik seorang negotiator," katanya kepada delegasi media Malaysia pada akhir lawatan beliau selama dua hari di sini.

Perdana Menteri berkata, melalui kaedah baharu itu, setiap cadangan dikemukakan akan dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk diselesaikan terus dan jika memerlukan mandat "pengarahan politik" yang melibatkan pucuk pimpinan kerajaan, ia boleh dilaksanakan.

Najib berkata, kaedah terbaru itu dipersetujui oleh Joko atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi dalam kalangan rakyat Indonesia, berikutan kaedah penyelesaian melibatkan perundingan peringkat teknikal melibatkan kedua-dua pihak sebelum ini gagal mengatasi masalah itu.

"Jawatankuasa teknikal sebelum ini telah berbincang sebanyak 26 kali tapi tiada kemajuan yang telah dicapai," katanya.

Sejak 2005, Malaysia dan Indonesia telah melakukan perundingan sempadan wilayah maritim antaranya melibatkan lima segmen laut iaitu Selat Melaka Utara, Selat Melaka Selatan, Laut China Selatan, Selat Singapura dan Laut Sulawesi.

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan itu yang berlangsung di Istana Merdeka, kediaman rasmi Presiden Indonesia, Jokowi juga memberi reaksi positif pada setiap cadangan dan pandangan yang dikemukakan oleh Malaysia.

Katanya, malahan Jokowi bersetuju bahawa setiap masalah yang timbul antara kedua-dua negara berjiran itu, ia patut "diselesaikan dengan seberapa segera yang boleh" bagi memastikan hubungan erat Malaysia dan Indonesia terus kekal terjalin.

Jokowi, bekas Gabenor Jakarta dipilih sebagai presiden ketujuh negara itu bagi memimpin negara berpenduduk 250 juta orang, dengan mengambil alih kepimpinan daripada Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang menjadi presiden sejak tahun 2004.

Yang turut mengangkat sumpah pada istiadat di hadapan lebih 1,000 anggota MPR di sini, pada Isnin ialah Jusuf Kalla sebagai Naib Presiden.

Terdahulu, Najib yang berada di sini atas undangan peribadi daripada Jokowi, 53, bagi menghadiri majlis bersejarah Indonesia itu, dengan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai kalangan 18 kenamaan asing dan sembilan ketua kerajaan pada upacara yang berlangsung selama dua jam itu.

Perdana Menteri juga diberi keistimewaan oleh republik itu sebagai kalangan ketua kerajaan asing pertama tiba di Istana Merdeka, kediaman rasmi presiden bagi membuat kunjungan hormat dan merakamkan ucapan tahniah bagi pihak rakyat dan kerajaan Malaysia kepada Jokowi selepas beberapa jam mengangkat sumpah sebagai Presiden.

Sempena lawatan rasmi ini, Perdana Menteri juga menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry yang turut berada di sini, sejurus selepas tamat upacara Jokowi mengangkat sumpah sebagai presiden.

Antara ketua negara yang turut hadir bagi menyaksikan upacara mengangkat sumpah itu ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Australia Tony Abbott serta Kerry.

Jokowi dan gandingannya Jusuf memenangi pilihan raya Presiden apabila memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada sejumlah 133,567,276 undi.

Calon lawannya Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa, yang turut hadir pada upacara hari ini, memperoleh 62,576,444 atau 46.85 peratus.


 
Tags / Kata Kunci: Jokowi , Datuk Seri Najib Tun Razak , maritim

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan