Rangka Lebih Banyak Program Rantaian Industri Bagi Belia - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 11:05 PM

Muhyiddin (kanan) and Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri (dua dari kanan) melawat gerai pameran selepas majlis perasmian Minggu Fesyen Malaysia (MFW) di Matrade, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar lebih banyak program rantaian industri dikelolakan sebagai platform bagi belia untuk memperoleh, membangun dan menguasai kemahiran yang diperlukan.


Timbalan Perdana Menteri berkata, kalangan belia mempunyai potensi, idealisme dan cita-cita yang sangat besar, dan oleh itu, adalah penting untuk menyediakan wadah bagi membolehkan mereka menyalurkan tenaga secara produktif.

Beliau berkata satu daripada cara itu adalah dengan mengoptimumkan bakat dan tenaga mereka menerusi suasana asuhan yang tepat sejak dari awal lagi.

"Saya gembira apabila ada antara usahawan dan pereka yang mengambil bahagian dalam Intrade Malaysia 2014 dan Minggu Fesyen Malaysia (MFW) yang julung kali diadakan ini adalah kalangan belia.

"Saya mahu mereka menggunakan sepenuhnya acara ini sebagai batu loncatan ke arah kejayaan di persada antarabangsa," katanya ketika merasmikan acara di sini, Isnin malam.

Intrade, atau Perdagangan Antarabangsa Malaysia, adalah pameran perdagangan dan eksport antarabangsa tahunan bagi mempertingkatkan rangkaian, pemadanan perniagaan, pertukaran idea dan pengetahuan di kalangan komuniti perniagaan dari negara yang berbeza, terutama mereka yang ingin menceburi pasaran global.




Tags / Kata Kunci: Tan Sri Muhyiddin Yassin , belia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan