MH17: Laporan Jerman Menyalahkan Pemisah Pro-Rusia

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 8:44 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Agensi perisikan asing Jerman (BND) membuat kesimpulan bahawa pemberontak pro-Rusia perlu dipersalahkan dalam kes tembak jatuh penerbangan MH17 di Ukraine pada Julai lalu, menurut laporan mingguan Der Spiegel pada Ahad.

Ia merupakan agensi Eropah yang pertama yang menyatakan sedemikian.

Kecelakaan di kawasan yang dikuasai pemberontak pro-Rusia di timur wilayah Ukraine pada 17 Julai membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal dan membawa kepada kemerosotan hubungan antara Barat dan Moscow, yang mempertikaikan peranan Rusia dalam krisis Ukraine.

Presiden BND Gerhard Schindler, memberitahu jawatankuasa parlimen rahsia mengenai hal ehwal keselamatan awal bulan ini bahawa pemberontak telah menggunakan sistem pertahanan peluru berpandu BUK Rusia dari pengkalan Ukraine untuk menembak roket yang terkena pesawat dan meletup, Der Spiegel melaporkan.

"Ia dilakukan oleh pemisah pro-Rusia," kata majalah itu memetik beliau sebagai berkata.

BND menyimpulkan bahawa pemberontak yang harus dipersalahkan selepas analisis terperinci berdasarkan satelit dan foto-foto lain, kata Der Spiegel. Bagaimanapun, tidak ada seorang pun di BND yang bersedia untuk memberikan komen.

Kiev menyalahkan insiden itu dengan mengaitkannya dengan pemberontakan yang berlaku dan menuduh Moscow menggunakan senjata mereka, tetapi para pemberontak dan Moscow menafikan tuduhan itu.

Kerajaan Eropah setakat ini menahan diri daripada secara terbuka menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi tidak lama selepas kemalangan itu, Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry berkata terdapat bukti kukuh bahawa pemisah Moscow telah menembak jatuh pesawat.

Kerajaan Belanda, yang menjalankan dua siasatan masih belum menyatakan tentang siapa yang bertanggungjawab. Dua pertiga daripada penumpang adalah warga Belanda.
Tags / Kata Kunci: MH17 , Der Spiegel

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan