NGO Perlu Maksimumkan Kegunaan Peruntukan Untuk Kumpulan Sasar - Najib

Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 7:52 PM

Najib Tun Razak (dua, kiri) menyampaikan sumbangan cek kepada pesara polis, Datuk Thambi Pillay, 85 (kanan) bagi bantuan perubatan pada majlis Ulangtahun ke-5 Yayasan myNadi di Dewan Puspanitapuri, Ahad. Turut kelihatan Pengerusi Yayasan myNadi, Dr Jeyaindran Sinadurai (kiri).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memastikan peruntukan yang diterimanya daripada kerajaan digunakan secara maksimum untuk melaksanakan projek bagi membantu golongan sasar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Perdana Menteri berkata langkah itu boleh menjamin lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada dana yang kerajaan kepada NGO.
|
"NGO yang berkesan bukan diukur daripada jumlah aktiviti yang laksanakan tetapi laporan yang disampaikan atau hasil yang dicapai. Apa sahaja peruntukan yang diberikan kerajaan, NGO perlu menggunakannya dengan cara yang terbaik.

"NGO yang berkesan beri tumpuan kepada hasil bukan output. Bukan bilangan aktiviti yang dilakukan tetapi hasil yang dicapai," kata beliau pada majli sulang tahun kelima penubuhan Yayasan myNADI di sini, Ahad.

Terdahulu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan myNADI Tan Sri Dr Jeyaindran Sinnadurai ketika membentangkan pencapaian lima tahun yayasan itu, berkata hanya enam peratus daripada dana kerajaan digunakannya untuk pentadbiran.

Sebanyak 94 peratus lagi digunakan untuk pelaksanaan pelbagai projek bagi membantu kumpulan sasar seperti membaiki sekolah, kuil dan krematorium, katanya.

Najib menyifatkan myNADI sebagai NGO paling berjaya berdasarkan laporan yang dibentangkan Jeyaindran.

"Kalau semua NGO amal kaedah seperti ini (enam peratus dana untuk pentadbiran dan 94 peratus lagi untuk projek), maka  peruntukan diluluskan kerajaan sudah tentu boleh beri manfaat kepada begitu ramai kumpulan sasar danrakyat Malaysia," katanya.  

Dalam tempoh lima tahun lepas, kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM6juta kepada Yayasan myNADI dengan lebih 300,000 orang dan 250 NGO mendapat manfaat daripada dana itu melalui 555 projek yang dilaksanakan. 

Tags / Kata Kunci: NGO , Datuk Seri Najib Tun Razak

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan