Mahkamah Benarkan Kes Cerai Bekas Ratu Cantik Malaysia Dibicarakan Di Britain

Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 11:05 AM

Pauline Chai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi British memutuskan bahawa kes penceraian antara bekas ratu cantik, Pauline Chai dan suaminya, Tan Sri Khoo Kay Peng iaitu ahli perniagaan terkaya di Malaysia boleh didengar di England.

Ia akan dianggap sebagai 'kes penyelesaian cerai termahal' didengar di England dengan Chai menuntut separuh daripada kekayaan Khoo yang dianggarkan bernilai RM2.3 bilion (440 juta pound), menurut media British.

Kes penyelesaian cerai termahal di negara itu setakat ini membabitkan bangsawan Rusia, Boris Berezovsky yang diperintah membayar bekas isterinya, Galina Besharaova sebanyak RM842 juta (160 juta pound) pada 2011.

The Telegraph melaporkan Chai, 67, akan diberikan penyelesaian lebih tinggi jika kes tersebut didengar di Britain berbanding di Malaysia.

Untuk menyakinkan mahkamah dia tinggal di Britain, Chai berkata dia menyimpan koleksi sebanyak 1,000 pasang kasut di rumah agamnya yang berharga RM156 juta (30 juta pound) di Hertfordshire.

Hakim David Bodey berkata, walaupun mendapati hujah mengenai koleksi kasut Chai agak samar, beliau amat berpuas hati bahawa wanita tersebut 'benar-benar' berada di Britain.

"Saya amat gembira hakim mengiktiraf hubungan saya dengan negara yang hebat ini. Saya amat berbangga bahawa diri saya, anak-anak dan kasut saya ditemui di sebuah kediaman di sini," kata Chai yang juga merupakan Ratu Cantik Malaysia pada 1969.

Agensi berita BBC pula berkata, Khoo sudah memulakan prosiding di Malaysia dengan kes itu akan didengar pada bulan depan.

Pengerusi jenama antarabangsa Laura Ashley itu mendesak kes penyelesaian cerai itu didengar di Kuala Lumpur, lokasi dimana mereka berkahwin dan memiliki rumah sendiri.

Media British turut membuat spekulasi bahawa Chai mungkin diberikan bayaran lebih rendah sekiranya mereka bercerai di Malaysia.

Hakim Bodey menggesa kedua-dua pihak untuk menggandakan usaha bagi mencapai persetujuan bersama dan mengelak berlaku pertikaian berhubung pembahagian harta sepencarian.

Chai dan Khoo berkahwin pada 1970 dan dikurniakan lima orang anak. 

Bagaimanapun tiada seorang pun daripada mereka adalah warganegara British.

Tags / Kata Kunci: kes cerai , Khoo Kay Peng , Pauline Chai

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan