Anggota Gerakan Buat Kenyataan Perkauman Boleh Dipecat

Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 4:22 PM

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong (dua dari kiri) mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyanyikan lagu Barisan Nasional (BN) semasa hadir bagi merasmikan Majlis Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan ke-43 di Pusat Konvensyen Setia City di sini, Ahad.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota dan pemimpin parti Gerakan yang mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman akan dikenakan hukuman berat termasuk dipecat, kata Presidennya, Datuk Mah Siew Keong.


"Jika sesiapa di Gerakan mengeluarkan kenyataan rasis (perkauman), kita akan ambil tindakan termasuk pecat," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar presiden pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43 di sini, Ahad.

Siew Keong juga mencadangkan parti-parti komponen Barisan Nasional untuk mengambil tindakan serupa bagi memelihara dan mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini.

Beliau berkata, tindakan tegas itu perlu memandangkan semakin ramai anggota dan pemimpin politik menyentuh isu perkauman atau ekstremisme keterlaluan sehingga menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Kenyataan berbaur perkauman yang keterlaluan juga menyebabkan Mah berhenti melayari internet sebelum tidur sejak tujuh bulan lalu, sedangkan ia merupakan rutin hariannya sebelum ini.

"Saya berhenti daripada melayari internet kerana saya tidak dapat tidur selepas itu. Ia bukan kerana komen negatif atau serangan peribadi ke atas saya kerana sebagai pemimpin sebuah parti politik, saya sudah biasa dengan keadaan itu.

"Namun ia disebabkan apabila saya baca blog atau Facebook, komen yang dibuat generasi muda amat rasis dan ini generasi masa depan kita," katanya sambil menambah jalan penyelesaian terbaik adalah menghentikan keadaan tidak sihat ini.

Beliau juga mengingatkan anggota parti untuk kembali kepada visi pengasas Gerakan iaitu Prof Syed Hussin Alatas, Tun Dr Lim Chong Eu dan Dr Tan Chee Koon yang mahu melihat 'sebuah parti politik yang menjaga kepentingan negara mengatasi kumpulan etnik'.

Siew Keong yang dipilih sebagai presiden Gerakan pada 2013 juga berjanji untuk memulihkan keadaan parti itu dan mendapatkan kembali kepercayaan rakyat selepas mengalami kekalahan teruk dalam dua pilihan raya terdahulu.

Formula kebangkitan yang akan digunakan termasuk memilih calon boleh menang tanpa mengira sama ada calon itu 'berada di kem A, B atau mana-mana kem sehingga Z', katanya.

"Banyak orang berkata calon boleh menang itu dekat dengan presiden, suatu perkara yang tidak benar! Saya akan meletak jawatan jika Gerakan tidak dapat memperbaiki prestasinya daripada keputusan (pilihan raya umum) 2013.

"Namun saya tidak mahu menjadi presiden untuk jangka masa pendek, jadi kita mesti menang. Mulakan kerja sekarang. Jangan tunggu sehingga saat-saat akhir," katanya.


Tags / Kata Kunci: Datuk Mah Siew Keong , Gerakan , perkauman

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan