Ali Hamsa Presiden CAPAM Baharu

Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 12:02 AM

ali hamsa

Dr Ali Hamsa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Saat yang cukup membanggakan buat Malaysia, kerana berjaya meraih satu lagi pencapaian utama, kata Presiden Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) yang baharu dipilih, Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

Ali, yang dipilih sebulat suara untuk jawatan itu bagi penggal 2014-2016 selepas mesyuarat Agung Ahli-ahli di sini Sabtu, berkata pelantikan itu satu manifestasi kepercayaan pertubuhan itu dan negara-negara Komanwel terhadap Malaysia. 

 "Saat yang paling membanggakan buat kita kerana kita telah juga memenangi kerusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu untuk tempoh dua tahun dari 1 Jan, 2015, dengan mendapat 187 dari 192 undi yang dikemukakan di perhimpunan agung PBB pada Khamis. 
 
"Seterusnya, kita juga akan menjadi pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean) tahun hadapan," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan pelantikannya. 

Ali, 59, yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada Jun 2012, menyertai perkhidmatan awam pada 1981. 

Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuk Ketua Pengarah Unit Perkongsian Awam-Swasta di Jabatan Perdana Menteri pada April 2009. 

Ini kali kedua Malaysia menjadi presiden CAPAM. 

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, ketua setiausaha negara ketika itu, memegang jawatan tersebut dari 1996 hingga 1998. 

Sementara itu, Dr Margaret Kobia, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kenya dipilih sebagai Naib-Presiden CAPAM sementara Daniel Watson, Ketua Pegawai Sumber Manusia bagi Kerajaan Canada dilantik Bendahari Kehormat. 

Esok, persidangan tiga hari dwi-tahunan CAPAM, dengan tema "Transformasi Perkhidmatan Awam: Suatu Bicara Baharu" akan bermula di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Kira-kira 1,500 peserta dari 53 negara Komanwel dan organisasi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) akan menghadiri sidang itu. 

Acara itu dianjurkan oleh CAPAM, dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Sekretariat Komanwel. 

Persidangan itu dijadual dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tags / Kata Kunci: CAPAM , Ali Hamsa

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan