Gerakan Hadkan Jawatan Presiden Kepada Tiga Penggal

Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2014 10:36 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Lebih 1,000 perwakilan parti Gerakan hari ini sebulat suara bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap tiga artikel dalam perlembagaan parti itu, termasuk menghadkan jawatan presiden kepada tiga penggal.

Keputusan itu dicapai dalam Persidangan Perwakilan Nasional parti itu selepas pembentangan cadangan pindaan itu oleh bekas speaker parti itu Tan Sri Dr Chen Fook Weng. 

Cadangan pindaan itu merangkumi Artikel 10.2 yang berkaitan dengan persidangan Majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan dan keanggotaan majlis itu dan Artikel 41.3 berkaitan menghadkan tempoh khidmat presiden dan pengerusi negeri kepada tiga penggal. 

Satu lagi pindaan adalah berkaitan penubuhan sebuah jawatankuasa tata tertib parti yang berperanan mengambil tindakan terhadap anggota parti yang melanggar disiplin dan peraturan parti. 

Ketika membentangkan cadangan pindaan itu, Dr Chen berkata Artikel 10.2 berkaitan Majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan pada masa ini agak tidak relevan kerana keanggotaannya yang terhad selain boleh bermesyuarat pada bila-bila masa.
 
Sementara Artikel 41.3 yang berkaitan menghadkan tempoh khidmat presiden dan pengerusi negeri, beliau berkata ia bagi memastikan Gerakan sentiasa mendapat strategi dan nafas baharu. 
 
"Satu lagi pindaan berkaitan penubuhan jawatankuasa tata tertib yang merangkumi beberapa perkara dan seksyen dalam perlembagaan, yang ditubuhkan bagi menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap anggota yang melanggar disiplin," katanya. 

Beliau berkata, semua pindaan tersebut perlu dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terlebih dahulu untuk diluluskan sebelum parti dapat menguatkuasakannya. 

Bagi pindaan menghadkan tempoh khidmat presiden dan pengerusi negeri itu, Dr Chen menjelaskan ia hanya akan berkuatkuasa selepas pemilihan parti itu yang dijangka diadakan pada 2016. 
 
"Jika pindaan ini diluluskan, presiden sekarang dan pengerusi sekarang tidak tertakluk pada pindaan ini kerana pemilihan mereka dibuat pada 2013 lalu dan tempoh tiga penggal perkhidmatan mereka hanya dikira selepas pemilihan pada 2016," katanya. 
 
Dr Chen berkata, penubuhan jawatankuasa tata tertib pula dicadangkan selepas Gerakan mempamerkan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu yang dikatakan berpunca daripada tindakan sabotaj dan tindakan anggotanya melanggar disiplin.

Beliau berkata, pada masa ini Gerakan tidak mempunyai sebuah jawatankuasa tetap untuk mengambil tindakan terhadap anggotanya dan jawatankuasa tersebut hanya ditubuhkan secara ad-hoc jika terdapat kes atau tuduhan berkaitan disiplin anggota. 
 
"Tapi sekarang kita perlu ada jawatankuasa tetap kerana konsep yang ada sekarang ini tidak berkesan dan lambat mengambil tindakan atau melakukan siasatan," katanya. 

Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan bermula hari ini pada sebelah petang selepas persidangan serentak oleh sayap perwakilan Pemuda dan Wanita parti itu pada sebelah pagi.

Persidangan Perwakilan Nasional itu kemudian ditangguhkan pada pukul 5.30 petang dan bersambung tengah hari esok. 

Tags / Kata Kunci: Gerakan , Perwakilan Nasional

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan