Rekrut Militan: Golongan Muda Perlu Didedah Erti Jihad Sebenar

Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2014 12:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan muda perlu didedah dengan pengetahuan berhubung erti jihad sebenar dalam Islam bagi mengekang penularan dakyah songsang golongan militan di negara ini.

Penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar berkata bagi membendung dakyah itu di peringkat awal, ibu bapa juga berperanan memantau pergaulan anak-anak mereka terutama dalam media sosial.

"Tindakan generasi muda yang pendek akal dan mudah terpedaya tanpa memahami matlamat sebenar perjuangan militan itu boleh mengancam keselamatan diri dan negara.

"Pengetahuan mereka perlu dipertingkatkan selain diberi penerangan berhubung implikasi dan erti jihad yang sebenar dalam Islam.

"Pemahaman yang salah berhubung konsep itu boleh mempengaruhi generasi itu ke arah keganasan dan mengancam keselamatan diri dan negara," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kaedah menangani isu militan berikutan pendedahan Polis Diraja Malaysia baru-baru ini berhubung penglibatan pelajar tempatan dipercayai direkrut penggerak utama kumpulan militan Negara Islam (IS) di sini untuk berjihad di Syria.

Akhbar berkata orang ramai khususnya ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai rakan anak-anak mereka terutamanya dalam media sosial agar tidak terjebak dengan konsep militarisme yang mempunyai jaringan di peringkat antarabangsa.

"Kenalan dalam alam maya itu boleh membawa anasir luar yang terlatih dan kemudian menghasut mereka (generasi muda) dengan konsep itu (militarisme) dan cuba mempraktikkannya di sini.

"Pengaruh luar ini menerusi platform media sosial mendekati generasi muda dengan memberi pendedahan songsang akan maksud jihad dan secara tersembunyi mereka direkrut," katanya.

Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim berkata individu yang mempunyai kecenderungan menyertai aktiviti militan tidak akan mempamerkan minat kepada khalayak dan perkara itu menyukarkan orang ramai untuk menghalang niat mereka.

"Sekiranya ibu bapa, penjaga atau rakan-rakan yang mengesyaki penglibatan individu terbabit dalam aktiviti militan, mereka seharusnya bertindak lebih awal dan menyampaikan maklumat itu kepada pihak berkuasa," katanya.

Terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu IS, Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham.

Rabu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis mengenal pasti individu yang menjadi penggerak utama dalam merekrut rakyat tempatan menyertai kumpulan militan di Syria.

Sebanyak 14 individu ditahan termasuk tiga individu disyaki penggerak utama yang bertanggunjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai kumpulan IS.

Setakat ini 37 orang telah ditahan, dipercayai terbabit dengan kumpulan militan.


Tags / Kata Kunci: Militan , Jihad

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan