Sistem Giliran Untuk Elak Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 7:48 AM

Salah seorang Pengarah Kastam Negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada 24 September lalu, terhadap lapan pertuduhan menerima suapan RM80,000 daripada dua individu sejak dua tahun lepas.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Serius dalam usaha membanteras gelaja rasuah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia kini mengamalkan sistem penggiliran di kalangan pegawai termasuk pengarah negeri untuk berkhidmat di negeri dan bahagian lain dengan lebih kerap.

Para pegawai hanya akan dibenarkan untuk memegang jawatan di negeri maksimum sehingga tiga tahun.

Selepas itu mereka akan ditukarkan ke negeri atau bahagian lain.

Langkah itu dilakukan selepas dua Pengarah Kastam Negeri dan 28 pegawainya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan arak dan rokok yang dilepaskan tanpa membayar cukai di Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.

Susulan itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata jabatan itu akan mengambil beberapa pendekatan untuk membendung gelaja rasuah.

Sistem penggiliran pegawai adalah sebahagian daripada kajian semula prosedur operasi standard (SOP) bertujuan untuk mengelak kewujudan ruang penyalahgunaan kuasa dan kegiatan rasuah terutamanya di lokasi hotspot seperti pintu keluar masuk Malaysia.

"Kami melakukan penggiliran dari semasa ke semasa. Pendekatan terkini yang dilakukan terhadap pengarah negeri ditukar dua tahun lalu sejak saya mengambil alih.

"Namun pada 1 Oktober, saya mengeluarkan perintah bahawa beberapa pegawai kini akan dipindahkan dari satu negeri ke negeri yang lain.

"Mereka yang kekal di negeri masing-masing juga perlu bertukar jabatan," kata Khazali dalam satu temu bual selepas taklimat Cukai Barangan dan Perkhidmatan di Menara Star pada Khamis.

Beliau berkata, lebih 200 pegawai yang juga dinaikkan pangkat baru-baru ini sudah dipindahkan ke negeri lain dalam amalan sistem ini.

Pegawai ranking tertinggi dan pengarah negeri juga akan dipindahkan apabila dan ketika diperlukan.

"Sebaik-baiknya, mereka tidak boleh ditempatkan di satu negeri untuk tempoh lebih tiga tahun.

"Namun, kita juga perlu mempertimbangkan kebajikan pegawai yang mungkin sudah berkeluarga di tempat mereka sedang bertugas," katanya.

Khazali berkata, jabatan itu juga akan meningkatkan prosedur kerja dengan meletakkan pemantauan ketat ke atas penilaian dan pentaksiran barangan oleh jabatan itu.

"Unit Integriti dan Disiplin kami juga akan memantau setiap tingkah laku dan gaya hidup pegawai untuk memastikan sekiranya mereka menerima rasuah. Unit itu akan diketuai oleh seorang pegawai yang dipinjamkan dari SPRM.

"Sebagai sebahagian daripada program saya, saya akan berbincang dengan beberapa pegawai saya di setiap negeri untuk memastikan pentingnya usaha keras dalam meningkatkan integriti jabatan itu," katanya.

Pada bulan lalu, SPRM menahan beberapa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia pelbagai pangkat bagi membantu siasatan kes menyeludup keluar barang-barang tanpa membayar cukai eksais. 

Setakat ini, seramai 28 pegawai didakwa menerima rasuah sehingga RM500,000.

Hasil tangkapan itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM3.1 juta, 10 buah kereta mewah dan sebuah rumah kedai serta membekukan 200 buah akaun yang mengandungi wang bernilai RM6 juta, didakwa milik pegawai yang ditangkap.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan