Semua Sembilan Pesakit Negatif Ebola - Kementerian Kesihatan - Berita Semasa | mStar

Semua Sembilan Pesakit Negatif Ebola - Kementerian Kesihatan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 8:10 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua sembilan pesakit yang disyaki dijangkiti wabak Ebola didapati negatif, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, ujian diagnostik yang dijalankan ke atas sampel klinikal daripada sembilan pesakit menunjukkan hasil negatif.

Sebelum ini sembilan yang berkenaan didapati demam selepas tiba di Malaysia dari Afrika Barat.

"Kakitangan Kementerian di semua peringkat, termasuk di pintu masuk antarabangsa, terus diberi taklimat mengenai garis panduan bagi pengurusan kes-kes yang disyaki dijangkiti," kata Subramaniam pada sidang akhbar mengenai rancangan persediaan Kementerian Kesihatan berhubung Ebola pada Jumaat.

Beliau berkata sehingga 12 Oktober, 8,973 kes Ebola dan 4,484 kematian telah dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tags / Kata Kunci: Ebola
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan