Pembekukan Lesen Petrol, Diesel Ditarik Balik - Berita Semasa | mStar

Pembekukan Lesen Petrol, Diesel Ditarik Balik

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pembekuan permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol serta pembukaan stesen minyak baharu semua jenama telah ditarik balik serta merta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan memutuskan untuk menarik balik pembekuan sementara selepas sasaran telah dicapai.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pembekuan selama enam bulan bermula 10 Jun lalu hingga Disember tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekang penyalahgunaan lesen.

Tags / Kata Kunci: Diesel , Petrol
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan