Jangan Sertai Militan Untuk Jihad - Dewan Ulama PAS

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 6:39 PM

Datuk Ahmad Yakob (tiga kanan) bersama Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Johari Mat Tom (dua kiri) semasa gimik Pelancaran Buku 'Khalifah Kita Pilihan Allah' yang diadakan di Medan Ilmu di Kota Bharu pada Jumaat. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood (dua kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Masyarakat Islam di negara ini tidak perlu melibatkan diri dengan kegiatan militan atas alasan berjihad kerana mereka mempunyai banyak ruang untuk berjihad dari aspek pendidikan dan ekonomi di Malaysia, kata Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata kegiatan merekrut rakyat negara ini menyertai kumpulan militan untuk berjuang di Syria tidak boleh diterima kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam.

"Kita tidak tahu matlamat sebenar kumpulan ini dan kita perlu berhati-hati dengan perkataan atau kalimah yang digunakan mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Khalifah: Kita Pilihan ALLAH di sini, Jumaat.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata golongan ibu bapa perlu memantau pergerakan anak masing-masing yang menuntut di rantau Asia Barat bagi memastikan mereka tidak menyertai kumpulan militan.

"Ibu bapa mesti tanya khabar anak di luar negara dan perlu mengetahui bidang apa yang mereka pelajari dan siapa kawan mereka. Ini semua perlu ditanya kerana bimbang anak-anak mereka akan terpengaruh," katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti individu yang menjadi penggerak utama dalam merekrut rakyat tempatan menyertai kumpulan militan di Syria.

Sebanyak 14 individu ditahan termasuk tiga orang kerana disyaki penggerak utama yang bertanggunjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai kumpulan Negara Islam (IS).

Setakat ini, 37 orang telah ditahan kerana dipercayai terbabit dengan kumpulan militan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata PAS menghormati tindakan bekas Anggota Parlimen Batu Berendam, Mohd Tamrin Tun Ghafar yang mengisytiharkan diri keluar daripada parti berkenaan.

"Sebagai sebuah negara demokrasi tidak boleh kata apa-apa, mungkin dia ada tujuan dia keluar. Kita dengan rela hati dan tidak ada masalah cuma kena berlapang dada," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan