Dokumentari Malaysia Pikat Bakal Pembeli Di Mipcom

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 11:14 PM

Dokumentari yang memaparkan keindahan Lembah Danum di Lahad Datu antara yang menarik perhatian ramai.

(Ubah saiz teks)

CANNES: Dokumentari yang dihasilkan oleh Cineorama Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur telah menarik perhatian beberapa bakal pembeli antarabangsa di Pameran Perdagangan Audio Visual Dunia (Mipcom) 2014, yang disifatkan sebagai antara pasaran terbesar bagi kandungan hiburan.

 

Pengarah Cineorama Jefry Talib berkata sejak beberapa hari lepas, syarikat kreatif yang diasaskannya pada tahun 2003 telah mengadakan perbincangan dengan beberapa bakal pembeli yang berminat dengan dokumentari yang dihasilkannya seperti 'Maliau Basin' dan 'Lembah Danum.

"Sebuah syarikat dari Turki menunjukkan minat dalam 'Lembah Danum' manakala seorang lagi dari United Kingdom berminat dengan 'Maliau Basin'," kata beliau di luar acara Mipcom di sini.

Jefry berkata, beliau sedang menimbang kemungkinan urusniaga antara US$50,000 dan US$60,000.

Cineorama menyediakan reka bentuk kreatif, identiti penjenamaan, percetakan, penyiaran, pengurusan acara dan pelbagai khidmat reka bentuk.

Pameran tahunan itu, yang menghimpunkan penjual dan pembeli kandungan kreatif dari seluruh dunia, dilihat sebagai platform strategik untuk mempamerkan produk Malaysia.

Penyertaan Malaysia dalam Mipcom adalah anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Perbadanan Pembangunan Multimedia, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Tourism Malaysia dan Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia.


Tags / Kata Kunci: Lembah Danum , Maliau Basin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan