17 Ekor Burung Spesis Dilindungi Dirampas Dalam Serbuan

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 11:28 AM

Lai (kiri) menyerahkan anak burung enggang kepada Nickson.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak merampas 17 ekor burung daripada spesis yang dilindungi bernilai kira-kira RM20,000.

Rampasan dilakukan daripada seorang lelaki yang bekerja sendiri di Batu Kurau, Kerian.

Pengarah Perhilitan negeri Fakhrul Hatta Musa berkata burung-burung yang dirampas adalah jenis Murai Batu (7), sayap biru (3), sayap hijau (5), seekor burung lureh leher dan seekor Tiong Mas.

Kesemua spesis burung ini ditemui berikutan serbuan yang dijalankan di rumah lelaki itu di Kampung Air Hitam Jelai, tengah hari Selasa.

"Pegawai kami telah memantau tempat ini kira-kira seminggu.

"Siasatan kami menunjukkan bahawa lelaki berusia 50 tahun itu tidak mempunyai dokumen rasmi untuk memelihara burung-burung berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

"Kami percaya burung itu akan dijual di pasaran," kata beliau sambil menambah burung-burung, bersama dengan sangkar telah dibawa ke pejabat Perhilitan di Selama.

Fakhrul Hatta berkata lelaki itu boleh didakwa di bawah Seksyen 60 (1)(a) dan 68(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Bagi Seksyen 60 (1)(a), pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya.

Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 68 (1)(a), pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Di Sibu, anak burung enggang yang ditangkap oleh seorang pemilik rumah di Jalan Pedada dipercayai telah dipelihara sebagai haiwan kesayangan sebelum terlepas. 

Jurucakap Jabatan Perhutanan Sarawak pada Rabu berkata, ini berdasarkan ekor compang-camping burung tersebut.

"Jika di hutan liar, ekor burung itu adalah seperti yang didapati di negara asalnya. Tetapi ekornya adalah compang-camping, seperti disimpan di dalam sangkar," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan burung oleh pencinta alam semula jadi, Lai Lee Siew kepada warden hidupan liar Nickson Yusuf Robin.


Anak burung enggang itu ditangkap di rumah apabila ia terbang ke tingkat satu pada Khamis lepas.

Pemilik rumah kemudian menyerahkan burung itu kepada Lai, pemegang sijil berlesen untuk menangkap haiwan dan burung eksotik, termasuk spesies yang dilindungi.

Jurucakap itu menambah, burung itu akan dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang di Kuching untuk pemulihan.

Sesiapa yang ditangkap memiliki burung itu, yang disenaraikan di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998, boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 dan penjara dua tahun.

Ditanya mengenai populasi spesies, jurucakap itu berkata jabatannya kini sedang menentukan angka, termasuk yang enam spesies lain yang terdapat di negeri ini.

Beliau menggesa orang ramai melaporkan kepada jabatan itu jika mereka tahu sesiapa menyimpan atau menjual spesies binatang dan burung yang dilindungi dengan menghubungi 084-337444.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan