Malaysia Dipilih Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 11:57 PM

Cenderamata di meja semua negara oleh negara-negara yang bersaing untuk lima kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat pada Khamis. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia dipilih sebagai satu daripada lima anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selepas meraih 187 undi.

Proses pengundian itu bermula pada 10 pagi Khamis waktu tempatan (pukul 10 malam waktu Malaysia).

Malaysia yang mewakili Asia Pasifik adalah antara negara yang dicalonkan bagi menduduki kerusi itu selain Angola yang mewakili benua Afrika dan Venezuela yang mewakili Amerika Selatan dan Caribbean. 

Venezuela dan Angola, sama seperti Malaysia, merupakan anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

Pada pengundian itu, sebanyak 193 wakil negara anggota pertubuhan badan dunia itu, akan mengundi secara tertutup memilih negara pilihan mereka untuk menduduki kerusi berkenaan.

Malaysia memerlukan kira-kira 130 undi dari 193 negara untuk membolehkannya menduduki kerusi itu.

Pengundian berlangsung di dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengisi lima kekosongan bagi anggota tidak tetap dalam Majlis Keselamatan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang berada di dalam dewan turut mengundi.

Anggota baharu akan menduduki kerusi berkenaan pada 1 Januari 2015 dan akan berkhidmat dalam UNSC sehingga 31 Disember 2016.

Kelima-lima kerusi bagi pemilihan pada 2014 yang diagihkan di peringkat serantau ialah: satu kerusi bagi Kumpulan Afrika (kini disandang oleh Rwanda); satu kerusi bagi Kumpulan Asia-Pasifik (kini dipegang oleh Republik Korea).

Satu kerusi bagi Kumpulan Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (kini disandang oleh Argentina); dan dua kerusi bagi Eropah Barat dan Kumpulan Lain (kini dipegang oleh Australia dan Luxembourg). 

Lithuania akan mengekalkan kerusi untuk setahun lagi, kerusi bagi Kumpulan Eropah Timur. 

Pemenang lain bagi mengisi kerusi yang kosong ialah Angola (Afrika), Venezuela (Amerika Latin dan Caribbean) dan New Zealand (Eropah Barat dan Kumpulan Lain) manakala Sepanyol dan Turki terlibat dalam pusingan pengundian ketiga untuk mengisi satu kerusi yang tinggal.

Kelima-lima anggota Tetap Majlis Keselamatan, yang masing-masing mempunyai kuasa veto ialah China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Selain Lithuania, anggota tidak tetap yang akan kekal dalam majlis sehingga akhir 2015 ialah Chad, Chile, Jordan dan Nigeria.

Di bawah Piagam PBB, Majlis Keselamatan mempunyai tanggungjawab utama untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. 
Setiap anggota Majlis mempunyai satu undi. 

Di bawah Piagam itu, semua Negara Anggota PBB wajib mematuhi keputusan Majlis Keselamatan.

Majlis Keselamatan mendahului dalam menentukan kewujudan ancaman terhadap keamanan atau tindakan pencerobohan. 

Ia menggesa pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian untuk menyelesaikannya secara aman dan mencadangkan kaedah pelarasan atau syarat-syarat penyelesaian.

Dalam sesetengah kes, Majlis Keselamatan boleh bertindak dengan mengenakan sekatan atau membenarkan penggunaan kekerasan untuk memelihara atau mengembalikan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Majlis Keselamatan juga mencadangkan kepada Perhimpunan Agung mengenai pelantikan Setiausaha Agung dan kemasukan Anggota baharu dalam PBB, dan bersama dengan Perhimpunan Agung, ia memilih hakim untuk menganggotai Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Malaysia pernah menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB sebanyak tiga kali iaitu pada 1965, 1989 hingga 1990 dan bagi tempoh 1999 hingga 2000. 





iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan