Syarat Baharu Taska Tak Penuhi Keperluan Majikan Swasta

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kebenaran untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak atau taska di tingkat dua ke atas tidak akan memberi impak besar terhadap keperluan majikan sektor swasta, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Sebaliknya, cara yang lebih berkesan dan ekonomikal adalah menubuhkan taska komuniti berdekatan tempat tinggal pekerja atau insentif potongan cukai kepada syarikat yang memberi elaun bayaran yuran taska kepada pekerja.

Kedua-dua kaedah itu dicadangkan MEF untuk pertimbangan kerajaan sebelum pembentangan Bajet 2015 bagaimanapun ia tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, kemudahan taska sebenarnya tidak begitu popular di syarikat swasta kerana berikutan kos penubuhannya yang tinggi berikutan itu jumlahnya kini kurang 30 berbanding kira-kira 100 pada awal 1990-an.

Malahan, katanya, taska yang beroperasi itu kebanyakannya dikendalikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat besar sahaja.

“Taska komuniti boleh digunakan pekerja tidak kira di mana mereka bekerja dan ini lebih ekonomikal serta mendapat sambutan daripada pekerja sendiri.

“Bagi saya kebenaran untuk mengendalikan pusat jagaan melebihi tingkat dua tidak memberi impak yang besar terhadap kemahuan majikan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Kebenaran untuk membenarkan majikan mengendalikan pusat jagaan kanak-kanak melebihi tingkat dua itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat lalu.

Najib menjelaskan bahawa ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penubuhan lebih banyak pusat jagaan itu di premis swasta, di mana garis panduan sedia ada akan dipinda.

Shamsuddin berkata, persekitaran kerja bagi kebanyakan syarikat swasta kurang sesuai untuk diwujudkan pusat jagaan berbanding di sektor awam turut menyebabkan penubuhannya tidak begitu popular.

Menurut Shamsuddin, kebanyakan syarikat swasta terdiri daripada sektor pembuatan dan pengeluaran yang bukan sekadar pejabat sahaja dan keadaan itu kurang sesuai untuk menempatkan kanak-kanak.

Mengenai insentif potongan cukai pula, katanya, potongan cukai berganda wajar dipertimbangkan bagi syarikat yang memperuntukkan elaun yuran taska kepada pekerjanya kerana ia dapat membantu mengurangkan beban kakitangan.

Ditanya apakah elaun seumpama itu disediakan syarikat swasta kepada pekerja, Shamsuddin berkata: “Ada, tapi tak banyak.”

"Walaupun kerajaan menerusi Bajet 2014 pernah menyatakan bahawa elaun berkenaan tidak dikira sebagai pendapatan untuk potongan cukai tetapi majikan tidak diberikan sebarang insentif cukai,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan