Ratusan Berarak Ke Parlimen Protes Akta Hasutan

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 1:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratusan peguam dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) berarak menuju bangunan Parlimen pada Khamis untuk protes 'Walk for Peace and Freedom 2014' yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia menggesa pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Peserta mula berkumpul sejak pukul 10.30 pagi di tempat letak kereta Padang Merbok di sini, sebelum memulakan perjalanan menuju bangunan Parlimen pada pukul 11.40 pagi. 

Ahli Parlimen pembangkang seperti Gobind Singh Deo, Darell Leikeng, N. Surendran, Wong Chen dan Ong Kian Ming turut menyertai perarakan.

Perwakilan asing dari persatuan peguam antarabangsa dan undang-undang masyarakat seperti Persatuan Peguam Komanwel, Majlis Undang-undang Australia, Lawasia, serta ahli Majlis Peguam Jepun memantau protes tersebut.

Sebelum mula berarak, ahli-ahli dari Majlis Peguam bercakap kepada para peserta, dengan presiden Christopher Leong menyeru agar minda di kalangan rakyat Malaysia lebih terbuka.

"Undang-undang ini menjejaskan aspirasi hak-pemikiran rakyat Malaysia.

"Suatu pendekatan inklusif, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), adalah jalan ke hadapan kerana Malaysia berhasrat untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Kami mahu Akta Hasutan dimansuhkan. Kami mahu keamanan sebenar dan sikap saling menghormati yang sebenar. Kita tidak mahu penindasan. Kami mahu isu-isu sebenar dibincangkan dan diperdebatkan di kalangan rakyat Malaysia," kata Leong.
Tags / Kata Kunci: Akta Hasutan , protes , Christopher Leong

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan