Proses Undian Untuk Kerusi Tidak Tetap PBB Bermula - Berita Semasa | mStar

Proses Undian Untuk Kerusi Tidak Tetap PBB Bermula

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 11:24 PM

pbb

Ibu pejabat PBB di New York.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Proses pengundian bagi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bermula pada 10 pagi Khamis waktu tempatan (pukul 10 malam waktu Malaysia).

Malaysia yang mewakili Asia Pasifik adalah antara negara yang dicalonkan bagi menduduki kerusi itu selain Angola yang mewakili benua Afrika dan Venezuela yang mewakili Amerika Selatan dan Caribbean. 

Venezuela dan Angola, sama seperti Malaysia, merupakan anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

Pada pengundian pagi ini, sebanyak 193 wakil negara anggota pertubuhan badan dunia itu, akan mengundi secara tertutup memilih negara pilihan mereka untuk menduduki kerusi berkenaan.

Malaysia memerlukan kira-kira 130 undi dari 193 negara untuk membolehkannya menduduki kerusi itu. 

Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Hussein Haniff dan pasukannya telah menerima jaminan daripada majoriti negara anggota PBB bahawa mereka akan menyokong pencalonan Malaysia bagi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB bagi tempoh dua tahun, bermula 2015.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kini berada di New York, sejak beberapa hari lalu untuk menghadiri majlis bersejarah bagi negara itu.

Tags / Kata Kunci: PBB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan