Peraturan Baharu Cermin Gelap Dikuat Kuasa 1 Mei 2015 - JPJ

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: 16 Okt (Bernama) Penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap akan dilaksanakan bermula 1 Mei tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad.

Beliau berkata peraturan baharu itu sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Nov ini dan tarikh itu diubah bagi memberi masa kepada pemilik kenderaan, khususnya kenderaan import untuk mendapatkan gantian cermin kenderaan masing-masing.

"Selepas mengambil kira masalah yang dihadapi pemilik kenderaan, maka wajar satu tempoh masa yang munasabah diberikan kepada orang ramai bagi mengambil tindakan pembetulan, khususnya bagi pemilik-pemilik kenderaan import mendapatkan gantian cermin mengikut kadar baharu VLT (ketelusan cahaya).

"Tempoh masa yang diberi adalah sehingga 30 April 2015, dan selepas tempoh itu, bermula 1 Mei, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap penggunaan cermin gelap yang tidak mematuhi spesifikasi VLT yang baharu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, Khamis.

Peraturan baharu itu menetapkan VLT bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus, manakala kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu dan penumpang hadapan pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

Berdasarkan peraturan yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, pengguna jalan raya yang ingkar boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya.

Ismail berkata bagaimanapun, pengecualian terhadap peraturan itu masih diberikan kepada individu dengan jawatan tertentu serta kenderaan agensi penguatkuasaan atas faktor keselamatan.

Sehingga kini, JPJ memberikan pengecualian kepada kira-kira 3,500 pemilik kenderaan untuk dikecualikan daripada peraturan penggunaan cermin gelap, katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata JPJ akan melaksanakan Operasi Khas terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan lampu 'strobe', lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon dan saiz nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi bermula 1 Nov depan.

Ismail berkata operasi khas di seluruh negara itu dibuat secara bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata pemilik kenderaan diberikan tempoh sehingga 31 Okt ini untuk mengambil tindakan menukar nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi, menukar lampu HID yang bukan daripada pengeluar kenderaan serta menanggalkan 'strobe light' yang dipasang pada kenderaan masing-masing.

Keengganan berbuat demikian membolehkan mereka dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959, katanya.


Tags / Kata Kunci: JPJ , Cermin Gelap

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan