'Tiada Siapa Menangis Kerana Kerusi MB Selangor' - Azmin

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 5:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Tiada siapa yang menangis," demikian reaksi Mohamed Azmin Ali berhubung krisis berpanjangan kedudukan jawatan menteri besar Selangor yang disandangnya kini.

Dalam nada gembira dan tenang, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak bersyukur krisis politik di Selangor berjaya diselesaikan dengan baik.

"(Krisis) Selangor sudah selesai secara baik. Alhamdulillah tak ada siapa pun yang menangis. Yang menangis sebelah sana (Barisan Nasional)," katanya sinis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Terdahulu ketika menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) cuba 'mengusik' Menteri Besar Selangor yang baharu itu supaya menyelesaikan beberapa isu ekonomi di negeri yang ditadbirnya.

Bagaimanapun menurut Azmin, beliau yakin dapat menguruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan baik.

"Tugas ini adalah tanggungjawab, bukan keistimewaan. Bagi peluang untuk saya bentang Belanjawan 2015 Selangor nanti.

"InsyaAllah saya akan beri perhatian soal pendidikan dan ekonomi negeri termasuk pelaburan. Ini baru tiga minggu (jadi menteri besar)," katanya.

Konflik pelantikan menteri besar Selangor akhirnya berjaya diselesaikan selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa akur dengan keputusan Istana Selangor memilih Azmin.

Dr Wan Azizah sebelum ini diangkat oleh partinya sendiri sebagai calon tunggal jawatan berkenaan walaupun mendapat tentangan daripada sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS.

Tags / Kata Kunci: Selangor , Menteri Besar , Azmin Ali

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan