MUET: IPTS Belum Bersedia Seragam - TPM

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 1:23 PM

Muhyiddin Yassin

Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) belum bersedia untuk melaksanakan peningkatan gred Malaysia University English Test (MUET) untuk kemasukan ke universiti.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun pada dasarnya kerajaan mahu menyeragamkan syarat kemasukan ke IPTS, namun kesediaan institusi swasta perlu di ambil kira.

"Pada dasarnya saya bersetuju, sepatutnya memang diseragamkan.

"Kita tak boleh menentukan syarat sahaja tapi tak ada inisiatif yang kita buat. Tak boleh kenakan syarat kalau mereka tak boleh melaksanakan perkara itu," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanya mengenai kesediaan kerajaan untuk menyeragamkan syarat kenaikan gred MUET antara IPTS dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Pada pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk menaikkan gred MUET bagi kemasukan universiti bermula tahun depan.

Ketika ini, syarat kemasukan am ke IPTA memerlukan pelajar mencapai tahap minimum MUET Band 1.

Mulai tahun depan, kemasukan IPTA tahap minimum band MUET ditingkatkan mengikut bidang, seperti Pengajian Sastera dan Sains Sosial - Band 2, Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) - Band 3, Pengajian Undang-undang dan Perubatan - Band 4.

Manakala syarat untuk graduan pula, pelajar wajib mencapai Pengajian Sastera dan Sains Sosial - Band 3, Pengajian STEM - Band 4 dan Pengajian Undang-undang dan Perubatan - Band 5.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada tahap ini pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan IPTS sebelum syarat berkenaan diseragamkan.

Tambah beliau, kerajaan menyasarkan untuk menyeragamkan kenaikan gred itu di IPTS dalm tempoh tiga tahun.

"Kita sudah ambil inisiatif untuk berbincang dengan IPTS sama ada syarat yang sama mampu dilaksanakan.

"Kalau dilihat sesuai, maka saya kira kalau terlewat setahun atau dua (tahun) selepas itu...sepatutnya di peringkat IPTS mereka harus melaksanakan dasar yang sama. Tapi ini kita akan bincang dengan mereka," katanya.







Tags / Kata Kunci: IPTS , MUET , Tan Sri Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan