Jangan Terikut-Ikut Dengan Penghasut Peralat Agama - Musa

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 11:24 PM

Musa Aman (kanan) dan Joseph Pairin Kitingan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan semua lapisan rakyat di Sabah supaya tidak terikut-ikut dengan tindak-tanduk pihak tertentu yang cuba menghasut mereka dengan menggunakan isu agama. 

Musa menegaskan bahawa sejak dahulu isu agama tidak timbul di Sabah justeru perbuatan penghasut berkenaan disifatkannya sebagai mempunyai agenda tersendiri.

"Pada kesempatan ini juga, suka saya menekankan bahawa isu-isu berkaitan agama tidak timbul di Sabah. Selama ini, kita di Sabah hidup dalam keadaan aman,damai dan harmoni, saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira suku kaum, agama dan budaya. 

"Sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengakui dan mengiktiraf bahawa Sabah adalah contoh terbaik semangat 1Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kewangan kerajaan negeri Sabah kepada badan-badan keagamaan bukan Islam dan sekolah-sekolah Bahagian Pantai Barat Selatan dan Pedalaman Bawah pada Rabu. 

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang.  

Pada majlis itu, Musa menyerahkan bantuan kewangan kerajaan negeri Sabah berjumlah RM32 juta kepada hampir 200 badan-badan keagamaan bukan Islam, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah swasta. 

Sehubungan itu Musa mengajak semua lapisan rakyat agar bersama-sama dengan kerajaan untuk memelihara dan mengekalkan semangat perpaduan, kekitaan dan keharmonian yang telah dikecapi di Sabah selama ini. 

Mengenai bantuan kewangan berkenaan, Musa berharap bantuan itu dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan badan keagamaan masing-masing. 

Menurut Musa sejak 11 tahun lalu, kerajaan negeri Sabah telah memberi bantuan kewangan berjumlah RM208,533,199 iaitu RM88,536,019 kepada sekolah-sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsan dan sekolah swasta dan RM119,997,180 lagi diperuntukan kepada badan-badan keagamaan bukan Islam. 

Tags / Kata Kunci: Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Musa

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan