Malaysia Terdedah Serangan Taktik 'Lone Wolf' - Polis

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 7:48 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Bukit Aman bimbang dan memandang serius kewujudan laman web pro militan Negara Islam (IS) yang boleh menjadi punca berlakunya serangan menggunakan taktik 'lone wolf' di Malaysia.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Datuk Ayob Khan berkata, menerusi kaedah itu, serangan ganas tidak dilakukan secara berkumpulan tetapi hanya seorang individu akan bertindak mencetuskan kekecohan.

"Seseorang yang hanya bersenjatakan pisau dan mula menikam orang di sebuah kawasan membeli-belah sudah cukup untuk menjejaskan kawalan dan keselamatan.

"Sesiapa yang pro-IS boleh melakukan serangan pada bila-bila masa. Ini merupakan kebimbangan besar kita," katanya dalam satu temuramah pada Selasa.

Beliau merujuk contoh serangan di stesen kereta api Kunming di wilayah Yunnan, China, di mana dua wanita bersenjatakan pisau adalah antara penyerang dalam insiden yang mengorbankan 29 orang dan mencederakan 143 yang lain pada Mac lalu.

Pemimpin IS dilaporkan menggesa supaya mengadakan serangan secara bersendirian di Amerika Syarikat (AS) dan Perancis, yang merupakan dua negara menjalankan serangan udara ke atas kumpulan militan di Iraq.

IS juga mahu pengikutnya melakukan serangan yang sama terhadap rakyat Australia baru-baru ini.

"Mereka yang dipengaruhi oleh IS atau kumpulan militan yang lain boleh mendapatkan sebarang senjata, sama ada pistol atau bom, dan kemudiannya melancarkan serangan.

"Kita perlu sentiasa berjaga-jaga.

"Salah satu cara adalah menutup semua laman web yang menggalakkan ekstremisme dan fahaman yang diketuai IS," katanya.

Menurut Ayob, sekurang-kurangnya 12 laman web yang berdaftar di negara ini digunakan oleh pihak yang merekrut militan di kalangan rakyat Malaysia sebagai sasaran telah ditutup pada 2012.

Bagaimanapun, pemantauan oleh The Star menunjukkan terdapat tujuh laman web berkenaan boleh diakses semula.

Ayob berpendapat pihak terbabit mungkin mempunyai alamat domain luar negara bagi menghalang pihak polis menutup laman web berkenaan.

Kesemua 12 laman web itu, yang mengagungkan beberapa kumpulan pengganas termasuk al-Qaeda, telah dikenal pasti bertanggungjawab kerana mempengaruhi rakyat Malaysia untuk menyertai kumpulan ekstremis.

Antara mereka yang dipengaruhi ialah seorang doktor warga tempatan dari negeri di utara, seorang pelajar berusia 14 tahun dari pantai timur dan beberapa profesional, di mana kesemua mereka menyertai kumpulan militan IS sama ada di Iraq atau Syria.

"Kita bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau laman-laman web yang bukan sahaja merekrut tetapi turut mengalakkan fahaman keganasan dan ekstremis.

"Bukit Aman akan meminta bantuan SKMM untuk menutup atau menyekat laman-laman web berkenaan jika ia dapat dikesan.

"Kita akan terus mengesan laman-laman web yang digunakan oleh pengrekrut IS atau mana-mana anggota militan yang menyasarkan rakyat Malaysia, terutama golongan muda," katanya.

Tags / Kata Kunci: IS , kumpulan militan , Datuk Ayob Khan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan