MH370: Belum Temui Sebarang Petanda Pencarian Di Dasar Laut

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 8:57 PM

Kapal Fugro Discovery dijangka akan menyertasi misi pencarian MH370 di dasar laut minggu depan. Foto:AFP

(Ubah saiz teks)

PIHAK berkuasa Australia mendedahkan laporan pertama dalam misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada Rabu yang tidak menunjukkan sebarang penemuan walaupun sudah memeriksa lebih 670 kilometer persegi kawasan yang ditetapkan. 

Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 orang itu dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Sehingga kini tiada sebarang petunjuk ditemui walaupun usaha pencarian udara dan laut besar-besaran sudah dan masih dijalankan.

Pencarian dasar laut pesawat model Boeing 777 itu, yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi setelah tersasar daripada laluan penerbangan, kini sedang dilakukan di perairan Barat Australia. 

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai misi tersebut, berkata kapal GO Phoenix sekarang ini giat menjalankan operasi pencarian dasar laut.

Pencarian dasar laut itu bermula 6 Oktober lalu berdasarkan kaedah tinjauan dan pemetaan lantai laut. Kira-kira 127,000 kilometer persegi di zon pencarian sudah dipeta setakat ini.

Jentera dan mesin canggih yang dihubungkan pada kapal tersebut dan ditunda dengan kabel telah diarah untuk mengesan bahagian terbesar pesawat seperti enjin dan fiuslaj.

“GO Phoenix akan terus menjalankan operasi ini. Ada satu ketika, operasi dihentikan seketika untuk memeriksa jentera yang ditunda dan membetulkan kabel perhubungan. Misi diteruskan selepas itu,” kata jurucakap ATSB.

GO Phoenix ditugaskan buat masa ini di lokasi yang dipercayai menjadi tempat terakhir MH370, berdasarkan analisis terperinci komunikasi satelit pesawat tersebut.

Jelas kenyataan tersebut, kapal kedua, Fugro Discovery pula kini menjalankan prosedur percubaan dan dijangka akan menyertai usaha pencarian itu pertengahan minggu depan di lokasi seterusnya.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Go Phoenix

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan