Kursi Kepimpinan Islam Seiring Komitmen Kerajaan Tingkat Martabat Islam - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 6:20 PM

Dr Musa (kiri) and Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Nurul Yaqeen Datuk Wira DR Ismail Ibrahim bertukar dokumen selepas majlis menandatangani perjanjian penbuhan Kursi Kepimpinan Islam sambil disaksikan Muhyiddin dan Mohamad.

(Ubah saiz teks)

NILAI: Usaha Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mewujudkan Kursi Kepemimpinan Islam adalah amat siginifikan dan bertepatan dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan martabat Islam di mata dunia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan pengiktirafan masyarakat dunia terhadap Malaysia sebagai sebuah sebuah negara Islam yang moden, demokratik, stabil dan pesat membangun, penubuhan Kursi Kepimpinan Islam ini akan menjadi sumber utama dalam bidang kajian kepimpinan Islam kontemporari.

"Kejayaan kita menubuh serta mengurus dengan baik pelbagai institusi Islam dalam bidang pengurusan hal ehwal agama, pendidikan, ekonomi, undang-undang dan pembangunan sosial menjadikan Malaysia antara negara contoh yang diteladani oleh negara-negara Islam yang lain," katanya.

Berucap melancarkan Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Haji Mohd Yassin Muhammad di USIM di sini, Rabu, Muhyiddin berkata, kerajaan menyokong penuh penubuhan Kursi ini.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Kursi Kepimpinan Islam ini dinamakan atas nama ayahanda Muhyiddin iaitu Mohd Yassin sebagai menghargai ketokohan Allahyarham yang semasa hayatnya begitu progresif, proaktif serta memiliki jati diri dalam memperjuangkan kepentingan agenda Melayu dan pembangunan Islam di Malaysia khususnya menerusi bidang pendidikan dan pentadbiran.

Muhyiddin berkata, model kepimpinan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden, progresif dan stabil amat penting untuk dikaji secara lebih mendalam.

"Pada hemat saya, Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Haji Mohd Yassin Muhammad di USIM ini boleh menjadi pelopor kepada usaha pengkajian ilmiah yang komprehensif tentang ciri-ciri, nilai dan amalan kepimpinan Islam kontemporari yang sesuai dengan tuntutan masyarakat moden hari ini.

"Saya menyarankan agar ahli akademik dari dalam dan luar USIM bekerjasama dalam menghasilkan kajian-kajian ilmiah yang signifikan menerusi Kursi Kepimpinan Islam ini," katanya.

Sementara itu, Musa berkata, melalui Kursi ini, USIM berhasrat agar universiti itu dapat berfungsi sebagai pusat meneroka aspek kepimpinan dari perspektif Islam bagi mengembangkan teori dan pengalaman Malaysia dalam membentuk pemimpin masa depan.

"Kajian-kajian yang akan dijalankan diharap akan menghasilkan penemuan kajian yang bersifat universal dan mempunyai asas elemen Islam yang kukuh untuk dijadikan panduan pemimpin di peringkat global, seterusnya menjadi pusat promosi model kepimpinan baharu yang unik dan stabil," katanya.

Kursi Kepimpinan Islam ini ditubuhkan dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen dengan dana permulaan RM500,000 untuk tempoh setahun.

USIM turut melantik bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak sebagai penyandang Kursi berkenaan.

Pada majlis yang sama, Muhyiddin turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara USIM dan Yayasan Nurul Yaqeen.

Beliau turut menyaksikan penyampaian cek RM500,000 oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Nurul Yaqeen Datuk Dr Ismail Ibrahim kepada Musa, sebagai dana awal untuk kursi itu.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan