Jangan Banding SPAD Dengan LPKP - Syed Hamid

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 7:00 AM

Syed Hamid Albar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: 'Kita faham kekhuatiran mereka (pengusaha bas ekspres), tapi jangan pertikai kredibiliti kita. Tak usah bandingkan kita dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Demikian tegas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali yang mempertikaikan kredibiliti badan itu selepas didakwa gagal menangani isu tambang bas ekspres.

Jelas beliau, keputusan kenaikan tambang bas ekspres perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada kerajaan walaupun kita sudah mempertimbangkan permohonan mereka.

"Kita tak boleh bertindak sesuka hati... kita dibawah Jabatan Perdana Menteri. Kita sudah bentangkan (mengenai cadangan itu) tetapi terpulang kepada kerajaan untuk buat keputusan.

"Dulu pun kerajaan buat keputusan bukannya LPKP tentukan sendiri. Kalau kerajaan setuju maka kita boleh tunaikan permintaan mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Syed Hamid berkata, SPAD merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan dibawah akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan diletakkan dibawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri.

"Soalnya kalau SPAD boleh buat keputusan sendiri tanpa rujuk kepada kerajaan dah lama kita buat. Tapi kita tak boleh. Tiada keputusan lagi... jadi kita tunggu," katanya.

Beliau berkata, SPAD sentiasa membuka pintu rundingan dengan syarikat pengusaha bas mengenai apa jua perkara termasuk isu kadar tambang bas ekspres yang baharu.

"Kita tak pernah tutup rundingan dengan mereka. Kita faham kehendak mereka dan peka mengenai keadaan industri sekarang," katanya.

Malah, Syed Hamid berkata, SPAD turut membenarkan syarikat pengusaha bas untuk mengenakan surcaj 10 peratus yang sepatutnya dikenakan apabila tiba musim perayaan sehingga hari ini bagi membantu menangani beban mereka.

"Kita benarkan caj tambahan sebanyak 10 peratus apabila tiba musim perayaan kepada mereka berkuatkuasa tahun lalu. Dan ketika ini, kita juga benarkan mereka kenakan surcaj itu. Jadi itu dah dikira kenaikan juga," katanya.

Sementara itu, Syed Hamid sekali lagi meminta semua syarikat pengusaha bas supaya bertenang dan bersabar kerana permohonan mengenai cadangan itu sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.

"Saya faham dengan keadaan industri sekarang. Kita juga ingin perkara ini diselesaikan dengan segera. Kita akan cuba yang terbaik. Tunggu sahaja pengumuman mengenainya nanti," katanya.


Tags / Kata Kunci: SPAD , kredibiliti , Syed Hamid Albar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan