Allahyarham Ja'afar Onn Wira Berjasa - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 4:05 PM

Hishammuddin mengaminkan doa ketika menziarahi jenazah Allahyarham Ja'afar di Shah Alam, Rabu.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Ja'afar Onn yang meninggal dunia Selasa malam sebagai tokoh yang banyak berjasa dalam dunia ketenteraan negara.


Beliau berkata, Allahyarham Ja'afar, 81, yang juga adik kepada bekas Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn adalah seorang yang berprinsip dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.

"Sama-samalah kita doakan agar Allah s.w.t memberkati dan merahmati rohnya. Saya bagi pihak keluarga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas doa dan juga kata-kata semangat serta mereka yang telah menguruskan jenazah Allahyarham," katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Ja'afar di kediamannya di Seksyen 11 di sini.

Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar dan beberapa anggota dan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ja'afar yang juga bapa saudara Hishammuddin meninggal dunia di kediamannya kira-kira pukul 7.45 malam Selasa akibat sakit tua.

Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada enam beradik meninggalkan seorang isteri Datin Wan Fatimah Abdullah dan dua orang anak, Faridah, 56, dan Farid, 55.

Sementara itu, Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, Umno Selangor menghargai segala jasa dan bakti yang pernah dicurahkan Allahyarham dalam menjaga keamanan negara.

Wakil keluarga Allahyarham, Haerris Khizer Mohd Riani, 29, berkata Ja'afar merupakan seorang yang suka menulis buku dan pernah menyumbang banyak kepada politik negara.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Jaafar.

"Saya diberi maklum bahawa Lt Jen Datuk Jaafar Onn, adik kepada (Perdana Menteri ketiga) Allahyarham Tun Hussein Onn, telah pulang ke rahmatullah 7.45 malam tadi.

"Salam takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-Fatihah," kata Najib dalam catatan di laman Twitter beliau, Rabu.


iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan