GST: Senarai Barangan Perlu Mesra Pengguna - Fomca

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 7:00 AM

Mohd Yusof Abdul Rahman

Mohd Yusof Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Senarai barangan yang dikenakan dan dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu bersifat mesra pengguna supaya orang awam mudah memahaminya.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, ini kerana senarai barangan berkaitan GST yang telah diwartakan kerajaan mempunyai istilah saintifik selain turut menggunakan penjelasan dalam Bahasa Inggeris.

“Bukan semua orang awam faham tentang istilah-istilah seperti itu. Terutama mereka yang berada di luar bandar, malahan istilah yang digunakan itu juga boleh mengelirukan pengguna di bandar.

“Kenapa barangan seperti ikan, tidak jelaskan sahaja ikan bawal, ikan kembung, dan kalau ayam sebut saja bahagian dada atau peha. Tak perlu nama-nama yang kebanyakan kita tak pernah dengar,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Senarai produk yang berkaitan GST diwartakan oleh kerajaan pada Isnin dan ia kini boleh didapati di laman web www.federalgazette.agc.gov.my.

Ia mengandungi lebih 900 barangan dikenakan cukai kadar sifar dan dikecualikan daripada GST yang berada dalam “basket of goods” (kumpulan barang).

Mohd Yusof berkata, senarai yang diwartakan itu turut mengandungi istilah perundangan atau menggunakan penjelasan yang terlalu ‘berat’.

“Saya faham kerana ia adalah warta kerajaan, sudah tentu mempunyai banyak istilah undang-undang tetapi bukan semua orang awam boleh faham.

“Sebab itu saya minta kerajaan supaya mengeluarkan senarai barangan berkaitan GST ini yang lebih mudah untuk difahami, selain senarai yang diwartakan itu.

“Ini kerana pengguna terdiri daripada pelbagai latar belakang, maka penjelasan perlu diberikan untuk semua golongan supaya mesejnya sampai secara jelas,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan boleh mengeluarkan senarai yang mudah difahami itu menerusi penerbitan di dalam akhbar termasuk membuat risalah yang boleh diedarkan kepada orang ramai.

“Pendekatan menerusi penerbitan ini lebih memudahkan penelitian orang awam terhadap apakah barangan yang mereka beli itu apabila GST mula dilaksanakan nanti,” kata Mohd Yusof.

Pelaksanaan GST yang akan berkuat kuasa pada April tahun depan akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Tags / Kata Kunci: GST , Fomca , Mohd Yusof Abdul Rahman

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan