Pengurangan Cukai Manfaat Golongan Pendapatan Sederhana - LHDN

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 12:44 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mereka yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai RM20,000 ke atas akan menikmati penjimatan cukai antara RM300 dan RM13,200 apabila penurunan cukai pendapatan dilaksanakan tahun depan.

Pengarah Komunikasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Nor Azirah Mohd Said berkata, pada masa ini, kumpulan pendapatan pertama bermula pada RM1 sehingga RM2,500.

Menerusi pengurangan 1 peratus, kumpulan pertama itu akan terdiri dari RM1 sehingga RM5,000, pada kadar cukai 0 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat lalu mencadangkan supaya keluarga dengan pendapatan RM4,000 ke bawah akan dikecualikan daripada membayar cukai.

Ini bermakna hampir 300,999 pembayar cukai di dalam kumpulan itu akan dikecualikan daripada membayar cukai pada 2015.

Najib dilaporkan berkata, pada masa ini, terdapat hanya dua juta orang yang membayar cukai daripada sejumlah 13 juta tenaga kerja di negara ini.

Nor Azirah dalam satu temuramah berkata, pengurangan kadar cukai itu bermatlamat untuk menyasarkan kumpulan pendapatan pertengahan yang memperoleh antara RM4,000 dan RM10,000 yang tidak layak menerima sebarang bantuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Kumpulan pendapatan seterusnya pada kadar cukai satu peratus akhirnya tidak akan dikenakan cukai apabila pendapatan yang boleh dikenakan cukai adalah kurang RM35,000 dan layak untuk mendapat rebat cukai sebanyak RM400," kata Azirah kepada The Star menerusi kiriman emel pada Selasa.

Sebagai contoh, pada masa ini, seorang individu yang mempunyai pendapatan bulanan RM4,000 akan membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mempunyai pasangan yang tidak bekerja, perlu membayar cukai cukai RM143.20 selepas menerima rebat RM400.

Bagaimanapun, individu berkenaan tidak membayar apa-apa mulai 2015.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan