Isu Israel: Pembangkang Gagal Cetus Provokasi

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 12:05 PM

Pandikar Amin Mulia gagalkan cubaan pembangkang untuk cetuskan kontroversi isu hubungan diplomatik dengan Israel pada sidang Dewan Rakyat, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat pembangkang untuk mencetuskan provokasi di Dewan Rakyat berhubung pendirian kerajaan berkaitan dasar hubungan diplomatik dengan Israel tidak kesampaian.


Menyedari wujud cubaan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan wakil kerajaan supaya mengabaikan soalan provokasi M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).

"Soalan pertama jawab, soalan yang kedua tak payah," demikian arahan Pandikar Amin kepada Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Terdahulu, ketika diberikan peluang mengajukan soalan tambahan, Kulasegaran bertanya sama ada kerajaan mengamalkan dua dasar berbeza dengan Israel khususnya membabitkan hubungan dagangan.

"Walaupun kita tak ada hubungan (diplomatk) dengan Israel, macam mana (wujud aliran wang) berjuta-juta ringgit.

"Adakah wujud hubungan perniagaan dengan Israel secara terus menerus atau secara tak langsung? Dan adakah ini persetujuan (kerajaan) untuk jalin hubungan demi wang," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Raime Unggi (BN-Tenom), Hamzah sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel dan dasar itu jelas serta tidak berubah sejak dulu.

"Malaysia juga adalah sebuah negara yang menitikberatkan prinsip kemanusiaan dan amat prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin.

"Status ini tidak pernah berubah dan masih kekal. Lebih-lebih lagi selepas serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza selama lebih kurang 50 hari," katanya.


iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan