Reka Bentuk, Isu Remeh Punca IPD Sentul Lewat Siap

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 5:43 PM

Bangunan IPD Sentul yang baharu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masalah reka bentuk menjadi punca pembinaan projek Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul gagal disiapkan mengikut jadual hingga mencatatkan kos tambahan hampir RM20 juta.


Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, isu berkenaan timbul berikutan kelemahan pemantauan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Isu utama ialah reka bentuk seperti bangunan retak, nak ubah kedudukan tingkap dan beberapa isu remeh lain. Tapi hakikatnya ia menyebabkan projek ini terlebih bajet daripada harga asal sebanyak RM64 juta hingga mencecah harga siling iaitu RM78juta. Dan akhirnya kos keseluruhan projek meningkat sehingga mencecah RM83.6 juta.

"JKR kurang mantap dan longgar dalam pengurusan pembinaan ini dan sepatutnya memainkan peranan pemantauan lebih penting khasnya dalam aspek kualiti reka bentuk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas sesi pendengaran PAC dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia dan JKR di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Isu kelewatan projek IPD Sentul menjadi perhatian awam selepas disentuh dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2.

Selain menelan kos yang tingggi, Jabatan Audit Negara mendapati projek itu hanya disiapkan pada 31 Mei 2013 selepas empat lanjutan masa selama 483 hari, walaupun mengikut syarat kontrak, tarikh siap asal projek itu sepatutnya 3 Februari 2012.

Mengulas lanjut Nur Jazlan berkata, JKR seharusnya mempunyai proses audit sendiri yang lebih teratur dan lengkap, termasuk dianggotai konsultan yang pakar dalam bahagian pelan rekabentuk bangunan.

"Kita maklumkan peranan JKR yang kurang mantap dalam pengurusan pembinaan ini kerana JKR merupakan pegawai pengawal dalam projek ini.

"Kami mendapati JKR agak longgar dari segi pemantauan terutama untuk memantau kerja-kerja yang dibuat oleh konsultan. Jika audit dalaman dibuat, masalah seperti ini boleh dielak," katanya.

Selain itu, Nur Jazlan menjelaskan bahawa kerajaan menggunakan dana pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayai projek pembinaan bangunan ini yang dibuat melalui runduingan terus dan bukannya tender terbuka.




Tags / Kata Kunci: IPD Sentul , PAC , Laporan Ketua Audit Negara , JKR

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan